“How To Wear The Right Mask,” – Ummi Nazeera Kongsi Cara Tepat Pakai Topeng. Warna Biru Di Luar, Putih Di Dalam

Share

Pelakon popular, Ummi Nazeera menerusi ruang Instagram berkongsi sedutan program yang menunjukkan cara yang tepat memakai topeng muka.

Menurut Seto Wing Hong dari World Health Organization Collaborating Centre, topeng muka seharusnya dipakai dengan cara yang betul supaya dapat mengelakkan dijangkiti virus.

Bahagian biru seharusnya berada di luar kerana ia kalis air. Manakala bahagian berwarna putih di dalam kerana ia menyerap.

Dan bahagian dawai di atas topeng ialah untuk menekap bahagian hidung dan kemudian topeng di tarik ke bawah untuk menutup mulut sepenuhnya.

Kemudian selepas memakai topeng muka, pegang bahagian tali dan terus buang ke tong sampah tanpa menyentuhnya serta terus mencuci tangan.

Satu perkongsian yang bagus di kala rakyat Malaysia sedang di dalam kebimbangan atas Coronavirus yang melanda.

Foto : Instagram Ummi Nazeera

IKLAN