
Pelakon popular, Ummi Nazeera menerusi ruang Instagram berkongsi sedutan program yang menunjukkan cara yang tepat memakai topeng muka.
Menurut Seto Wing Hong dari World Health Organization Collaborating Centre, topeng muka seharusnya dipakai dengan cara yang betul supaya dapat mengelakkan dijangkiti virus.
Bahagian biru seharusnya berada di luar kerana ia kalis air. Manakala bahagian berwarna putih di dalam kerana ia menyerap.
Dan bahagian dawai di atas topeng ialah untuk menekap bahagian hidung dan kemudian topeng di tarik ke bawah untuk menutup mulut sepenuhnya.
Kemudian selepas memakai topeng muka, pegang bahagian tali dan terus buang ke tong sampah tanpa menyentuhnya serta terus mencuci tangan.
Satu perkongsian yang bagus di kala rakyat Malaysia sedang di dalam kebimbangan atas Coronavirus yang melanda.
Foto : Instagram Ummi Nazeera
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Mohon Doa Agar Arwah Ditempatkan Dalam Kalangan Orang Beriman,” – Abang Naqiu Meninggal Dunia

Salam takziah buat penyanyi Naqiu Boboy seisi keluarga apabila dimaklumkan abang sulung kepada penyanyi itu, Huzaini Hussein dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat, kira-kira jam 8.30 malam.
Memetik Harian Metro, Allahyarham Huzaini menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Naqiu seperti yang dipetik berkata, arwah yang berusia lewat 40-an terlantar sakit di hospital berkenaan sejak dua bulan lalu dan mereka kali terakhir bertemu pada Syawal dua tahun lalu.
“Dia selalu merantau atas urusan kerja, jadi kami jarang dapat berjumpa. Kali terakhir saya bertemu pun pada hari raya dua tahun lepas.
“Malah, hari ini pun saya tak dapat bersama arwah untuk kali terakhir dan menguruskan pengebumiannya kerana berada di Kulim, Kedah.
“Insya-Allah saya akan pulang esok (hari ini) dan bergegas ke Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana untuk ziarah pusara arwah abang,” katanya.
Sementara itu, juara program Gegar Vaganza 6 (GV6) ini juga turut mendedahkan arwah merupakan insan terawal yang mengesan bakatnya dalam nyanyian.
“Abang saya dulu bekerja dengan Erra Fazira sebagai penari. Jadi, dia individu pertama yang bawa saya masuk dalam bidang ini.
“Dia menghantar demo suara saya kepada Erra kerana nampak potensi saya. Saya mohon doa semua agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” pinta Naqiu.
Terdahulu, Erra Fazira yang juga kenalan lama Allahyarham turut memberikan dedikasi terakhir buat arwah.
Bintang berkenaan turut memuat naik beberapa keping foto berkaitan di Instagram, awal semalam.
A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on
Pelakon dan penyanyi itu menyifatkan arwah sebagai rakan yang baik, tidak suka berkata perihal orang lain dan rajin bekerja.
Jelasnya lagi, segala memori indah bersama arwah akan terus tersemat di dalam hati, al-Fatihah…
Foto: Instagram Naqiu, Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Tidak kisah berhabis ribuan ringgit demi pendidikan dan masa depan, pelakon Abby Abadi mengambil keputusan menghantar anak-anaknya ke sekolah pendidikan swasta.
Jelas Abby menerusi laman Instagram miliknya, dia mahukan pendidikan terbaik buat permata hati daripada semua segi.
“Zaman Mama Abah tak sama dgn zaman anak2 ni. Rugi kalau ketinggalan. Jadi Mama Abah nkkan pendidikan yg terbaik utk anak2 ini.
“Kalau buleh nk jadikan mereka bijak pandai dari segala segi. Baik dari segi akal fikiran & akhlak mereka,” jelasnya.
Tambahnya lagi, dia akan terus berusaha sehabis mungkin untuk membiayai yuran persekolahan.
Pada masa sama, wanita ini turut mengimbau zaman kanak-kanaknya yang mana dia hanya dapat membeli satu baju sekolah untuk dipakai beberapa tahun.
Bahkan, dia turut berjalan kaki untuk ke sekolah demi mencari ilmu.
“InshaALLAH Mama Abah usahakan sehabis baik utk anak2 Mama. Belakang2 tabir biarlah jdi rahsia hihi.
“Doakan cukup rezeki ALLAH bagi kt Mama Abah utk bagi yg terhebat utk anak2 ini ye. Mama Abah tak dpt mcm ni dulu, gi sekolah bukan main bersiap lagi…. siap bersarapan sedap2.
“Mama dulu baju sekolah pun beberapa tahun sekali je dpt ganti, gi sekolah jalan kaki, tracksuit pun pinjam kawan, duit belanja pun kadang2 yilek huhu.
“Jadi, bersyukur dgn apa yg ada gunakan peluang & ruang yg ada ni sebaik mungkin tau anak4.
“Berterima kasih pada ALLAH atas segala limpah rezeki & rahmat yg telah di kurnia. Amin,” jelasnya.
A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on Jan 20, 2020 at 4:29pm PST
Sekadar maklumat, yuran persekolahan yang disebut Abby jumlahnya hampir RM1,400 sebulan untuk peringkat menengah dan RM1,280 untuk peringkat rendah.
Manakala yuran pendaftaran pula mencecah hingga RM8,000.
Foto : Instagram Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Susulan ada yang memberi reaksi terhadap penggunaan bahasa ‘janda’ yang berikan Janna Nick buat Elly Mazlein di dalam sebuah program hiburan yang bersiaran secara langsung, bintang itu memaklumkan dia tidak marah atau pun mempunyai perasaan dendam atau terbit perasaan marah terhadap Janna.
Sebaliknnya, Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina menyifatkan ia adalah gurauan dari dua rakan selebriti yang sudah lama saling mengenali.
“Janna sudah saya anggap seperti adik sendiri. Saya tahu apa yang dikatakan itu hanyalah sekadar gurauan semata-mata.
”Saya tak ambil hati pun. Lagipun dia sudah memohon maaf kepada saya sebaik program itu selesai,” katanya.
Elly yang kini sinonim menerusi drama Kampung People turut berharap agar peminat tidak menghentam Janna atas keterlanjuran katanya itu.
“Rasa sedih pula nak tinggalkan kehidupan sebagai ibu tunggal ini. Apabila sudah lama solo saya rasa seronok tapi urusan jodoh ini semua adalah kerja Tuhan.
“Walaupun sedih, hakikatnya saya juga teruja nak kembali menuju ke alam perkahwinan yang berbaki kurang 10 hari lagi. Doakan semoga urusan pernikahan dipermudahkan,” pinta Elly.
Terdahulu, Janna, ketika mengacarakan program Melodi menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak apabila menggunakan perkataan tersebut terhadap Elly.
Elly pada masa sama bakal melangsungkan perlahwinannya, pertengahan Januari ini.
Lalu, ada yang menyifatkan Janna sebagai tidak sensitif selain tidak menghormati status Elly yang hadir sebagai tetamu undangan di samping Rashidi Ishak, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah bagi mempromosikan drama bersiri, Kampung People.
Malah, tindakan Elly yang membantu Janna yang terjatuh ketika mengendalikan program terbabit turut disifatkan sebagai ‘balasan’ di atas ketelanjuran mulutnya itu.
Sumber/Foto: Harian Metro, Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

