“Hot Teruk, Saya Rindukan Abang,” – Komen Netizen Bila Aiman Hakim Ridza Post Gambar ‘Bersenam’, Buat Jatuh Hati Je!

Share

Pelakon, Aiman Hakim Ridza muat naik foto di laman Instagramnya selepas bersenam. Namun apa yang menarik perhatian netizen khususnya wanita adalah kapsyennya itu.

“Mandi tak basah, bersenam tak peluh,” tulisnya.

Ternyata, ia memberikan modal buat para wanita untuk meninggalkan komen yang ‘hot-hot’ sahaja kepada pelakon drama Isteri Separuh Masa itu.

Kebanyakan mereka memuji Aiman yang kini makin ‘handsome’ tambah-tambah pula sedang ‘single’ kini.

Bagaiamanapun, ada juga yang menegur pemakaian Aiman di dalam foto itu yang menunjukkan aurat lelaki.

Alamak, ada sahaja modal netizen ini kan? Apa-apapun, bertabahlah la yer Aiman, orang kacak dan ‘single’ ini memang sering dikejar para wanita kan?

Foto/Instagram: Aiman Hakim Ridza

IKLAN