“Hot, Hot, Hot…,” Komen Netizen Bila Atiq Azman ‘Payung’ Badan Sadolah Pulak!

Share

Kalau dilihat sekarang ini memang ramai betul para pelakon yang berbadan sado, agaknya sudah menjadi trend kot untuk mempunyai bentuk badan sebegitu.

Kisahnya, pelakon Atiq Azman berkongsi fotonya berada di gim dengan bentuk fizikalnya yang semakin sado.

“Pergi Gym Lain. Baju Lain..Tkde Kena Mngena Pun..Just Nk Main Je Hahah,” tulisnya.

Susulan itu, di ruangan komen kelihatan ramai yang memuji perubahan pelakon drama Nur yang dilihat semakin ‘hot’.

Bagaimanapun, ada juga yang mengatakan rasa ‘geli’ saat melihat badan lelaki berketul-ketul begitu.

Dalam pada itu, ada juga yang memberi nasihat berkaitan dengan ‘aurat lelaki’ memandangkan rakan Atiq di dalam foto tersebut memakai seluar pendek yang menampakkan lututnya.

Pada MH, setiap orang ada cita rasa masing-masing, ada yang rasa yakin bila berbadan sado namun ada juga yang suka berbadan kurus kering.

Apa-apapun, syabas kepada Atiq kerana mendapatkan tubuh badan idaman. Bukan senang tau nak jadi sado!

Foto/Instagram: Atiq Azman

IKLAN