“Host Sekarang Banyak Merapu, Suka Potong Tetamu Bercakap,”- Respek Pada Senior, Nad Zainal Sifatkan Azwan Ali Antara Pengacara Terbaik

Share

Kemunculan semula hos senior, Azwan Ali di media arus perdana menerusi program, Lagu Cinta Kita musim kedua baru-baru ini sememangnya meraih tumpuan banyak pihak.

Malah ramai yang memberikan pandangan termasuk pelakon, Nad Zainal yang menyifatkan Azwan atau lebih mesra disapa Diva AA itu sebagai antara pengacara televisyen terbaik yang ada pada ketika ini.

“So sweet of you. Diva Nad Zainal. Miss you my cucu tercute Tok Wan Diva like crazy. Be good my hot diva. Kirim salam all,” tulis pengacara tersebut.

Menerusi posting berkenaan, pelakon drama, Hati Yang Tersakiti itu sekali lagi dilihat memberikan respon dengan meninggal komen membandingkan trend pengacara zaman 90-an dengan generasi masa kini.

“Ya host sekarang banyak yang merapu dan suka potong tetamu bercakap. Rindu host 90s, 90s tv shows even news presenter semua nampak classy. #90skids,” kongsinya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pendapat yang sama selain turut berharap agar lebih banyak peluang diberikan kepada Azwan pada masa akan datang.

Terdahulu, gandingan Azwan bersama pasangan hos yang juga pelakon, Elly Mazlein nyata memberi kelainan buat program yang bersiaran setiap Ahad pada jam 9.00 malam di TV3 itu.

Pada episod minggu lalu, Azwan mengumumkan dia hanya akan mengacarakan program tersebut selama dua minggu sahaja.

Sumber: Instagram Azwan Ali

IKLAN