Hos Motif Viral Syafa Nisa Selamat Bersalin Anak Sulung, Sepakat Pilih Nama Taqwa Idraki

Share

Pengacara, Syafa Nisa berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 18 Disember lalu.

Menurut Syafa, bayi lelaki tersebut dilahirkan dengan sempurna pada jam 5.16 minit petang.

Malah, Syafa turut mendedahkan dia dan suami telah sepakat untuk memberi nama anak mereka Taqwa Idraki.

 “Maka tiba lah kurniaan yang kami tunggu selama ini, permata paling bersinar dalam hidup saya dan suami.

“Seorang anak lelaki, lahirnya Jumaat lalu 18 Disember 2020, 5:16 petang sedamai redup Asar, kami hadiahkan nama Takwa Idraki buatnya, dengan harapan sentiasa berpijaklah dia di jalan yang menuju ke arah Tuhan dan agamaNya,” tulisnya.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh bekas pengacara program Motif Viral itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Syafa turut ada menitipkan pesan buat anak sulungnya itu.

“Buat Anak, Jadi lah kamu tenang pada setiap beliung, pintar pada setiap khilaf, sabar pada setiap amarah, taat pada setiap goyah. Yang sayang tak akan bertepi, Mak dan Bak,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan turut berkongsi rasa teruja selain mendoakan semoga bayinya itu membesar menjadi anak yang soleh.

Terdahulu, Syafa telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati Elmirezza Shafee pada tanggal 1 September 2018

Sumber: Instagram Syafa Nisa

IKLAN