Pastinya ramai yang kenal dengan pasangan seleberiti, Aeril Zafrel dan isterinya Wawa Zainal yang sangat terkenal dengan sifat romantik mereka.

Baru-baru ini menerusi akaun Instagram milik Aeril dia ada berkongsi dua keping gambar yang membuatkan ramai orang terhibur.

Namun begitu gambar tersebut telah diedit dengan meletakkan wajah lelaki lain. Gambar asal sebenarnya adalah gambar Wawa bersama Aeril sendiri.

Di ruangan kapsyen gambar tersebut, Aeril bertanya siapakah gerangan yang mengubahsuai gambar berkenaan.

“Hoii. Sapa punya kerja ni ?? Haha baik ngaku oii. ??,” soal Aeril bergurau.

‘Hoi Sapa Punya Kerja?, Baik Mengaku’ – Aeril Zafrel

IKLAN

‘Hoi Sapa Punya Kerja?, Baik Mengaku’ – Aeril Zafrel

Perkongsian Aeril ini telah menarik perhatian daripada peminat dan pengikutnya. Ruang komen pula dibanjiri dengan gelak tawa daripada mereka.

nurlynnmarlissa: Hahaha seram pulak tgk wawa peluk uncle ramesh

IKLAN

khairulnizamawang888: Kihkihkih…..hadoiiii…x padan dgn wawa ni…dh lari tajuk asal????

syuhada_asry: Hahaha..? adoiii lawak la. Terhibur sungguh.

Memang lucu dan menggelikan hati bila melihat gambar yang dikongsi oleh Aeril ini jadi tidak hairanlah semua pengikutnya turut ketawa.

IKLAN

Seronok melihat kemesraan pasangan suami isteri ini yang sentiasa menunjukkan sifat-sifat romantik dan ianya boleh menjadi contoh kepada pasangan yang sudah berkahwin di luar sana.

Hasil perkahwinan Aeril dan Wawa, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa.

Semoga perkahwinan mereka sentiasa diberkati dan bahagia hingga ke syurga.

Sumber: Instagram Aeril Zafrel

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI