“Hina Sangatkah Pekerjaan Sebagai “ARTIS”,– Almy Nadia Luah Rasa Seakan Diperlekeh, Diperguna Oleh Siapa?

Share

Memuat naik dua keping foto ulam pegaga bagi menggambarkan perjalanannya yang sedang menyusu anak, Datin Almy Nadia sempat menyelitkan luahan rasa.

Perkongsian tersebut antara lain membayangkan perihal dipergunakan oleh segelintir pihak atas gelaran sebagai ‘artis’.

“Tadarrrrrrr journey #bf mama.. natural … jus pegaga… done … ok saja nak luah perasaan sikit pagi ni… just nak tanya hina sgt ka pekerjaan sebagai “ARTIS” ni.. sampai ramai yg memperlekeh2 kan “ ARTIS” ikut suka hati hampa ja nak eja mcm mana.

Tambahnya lagi, peminat dilihat mengambil kesempatan memberikan hadiah dan menggunakan gambar yang dikongsi sebagai promosi produk tanpa sebarang bayaran.

“Lepas tu pasai bg gift pun sj nak habaq.. yg sorang bg gift lps tu pakat2 ramai pulak dok copy paste serupa kami dok guna barang depa.. apooo!!!!!… lps tu siap tulis retis ni guna retis ni pakai apooo kah itu.. sorry la naa…

“Klu rasa nak “ARTIS” tu pakai atau guna bayaq laaa.. toksah la nak copy paste n ckp pulak “retis ni guna barang kami retis ni pakai barang kami” ok… budi bahasa ni melambangkan diri kt tau.. hahahah sj la .. luah perasaan sikit sahaja,

” ulasnya.

Terdahulu, Almy baru sahaja melahirkan anak ketiga, tiga bulan lalu.

Foto – Instagram Almy Nadia

IKLAN