Suatu ketika dahulu Jake Llyod antara pelakon kanak-kanak tercomel yang menjadi perhatian dunia menerusi lakonannya sebagai Anakin Skywalker dalam filem Star Wars: Episode 1- The Phantom Menace.

Namun nasibnya kini sedikit berbeza, jika kebanyakan pelakon kanak-kanak lain mengecap kejayaan dan mencapai kemasyuran serta kekayaan, Jake pula kini dikhabarkan mengalami masalah mental yang teruk.

Menurut ibunya, Lisa Llyod, kini Jake berada di Pusat Rehabilitasi Mental dan sudah berada di dalam pusat tersebut selama 10 bulan yang mana dia masih ada baki lapan bulan untuk mendapatkan rawatan di situ.

Hilang Hubungan Dengan ‘Realiti’, Pelakon Star Wars Dimasukkan Ke Pusat Rehabilitasi Mental

Kemasukannya ke pusat tersebut berikutan ‘psychotic break’ yang dihadapinya.

IKLAN

“Jake mula menghadapi masalah ketika berada di sekolah menengah.Dia mula bercerita tentang realiti dan dia tidak tahun untuk membezakan di antara realiti sebenar atau pun tidak.

“Saya sendiri tak tahu bagaimana untuk menerangkan tentang perkara tersebut,” kongsi Lisa lagi dengan lebih lanjut.

IKLAN

Bercerita dengan lebih lanjut, Lisa turut berkongsi bahawa doktor berpendapat mungkin anaknya itu mengalami gangguan bipolar tetapi rawatan itu nampaknya tidak pernah berkesan, dan Jake sering enggan mengambil ubat.

Akhirnya bekas pelakon kanak-kanak berusia 35 tahun itu disahkan menghidap skizofrenia paranoid.

IKLAN

“Apabila mereka akhirnya memberitahunya, ia benar-benar membuatkan Jake terjerumus dalam kemurungan yang lebih teruk. Keadaan itu sangat sukar,” ujar Lisa

Imbas kembali, selepas popularitinya sebagai Anakin Skywalker menebar, Jake hanya berlakon sehingga tahun 2001 sebelum mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari dunia lakonan. Filem terakhir lakonannya bertajuk Madison hanya disiarkan pada 2005 selepas empat tahun dihasilkan .

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI