‘Hilang’ 51 Juta Followers, Jarang Aktif Di Instagram Punca Jungkook BTS Padam Akaun

Share

Ahli kumpulan BTS, Jungkook mengejutkan peminat setianya selepas mengambil keputusan untuk tidak lagi aktif menggunakan akaun Instagramnya.

Menurut Jungkook atau Jeon Jungkook, 26, dia sendiri memadam akaunnya dan menafikan ia telah digodam oleh mana-mana pihak.

“Saya telah memadam akaun Instagram saya.. ia tidak digodam.

“Saya baharu sahaja memadamkannya kerana tidak banyak menggunakan platform media sosial itu. Jadi, jangan risau,” kata Jungkook.

Menurut Jungkook lagi, selepas ini dia akan lebih banyak berkomunikasi dengan peminat menerusi aplikasi Weverse seperti yang sering digunakannya sebelum ini.

“Saya segera memadamkan aplikasi Instagram dan tidak terfikir untuk menggunakannya lagi mulai sekarang.

“Saya hanya ingin memaklumkan kepada semua peminat tentang hal ini,” katanya lagi.

Sebelum menghapuskan akaun Instagram miliknya, Jungkook mempunyai lebih 51 juta pengikut.

Kesemua tujuh ahli kumpulan BTS mula membuka akaun Instagram peribadi masing-masing pada 6 Disember 2021.

Selain Jungkook, BTS turut dianggotai RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin dan V.

Kumpulan yang popular dengan lagu Dynamite dan Butter ini telah ditubuhkan pada tahun 2013.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

IKLAN