
Cantik itu subjektif, pempengaruh dan usahawan, Madammu percaya setiap individu memiliki keistimewaan tersendiri dan kecantikan tidak seharusnya diukur berdasarkan standard fizikal semata-mata.
Menurut pemilik NOIR ini, falsafah kecantikan yang dibawa jenamanya bukan hanya tertumpu kepada rupa semata-mata, sebaliknya bagaimana seseorang wanita itu bijak membawa diri.
“Sebenarnya ia bukan soal cantik atau tidak. Setiap orang ada kecantikan masing-masing. Hidung penyek ke, tinggi ke, kita tetap cantik.
“Apa yang penting adalah personaliti dan cara kita bawa diri. Semua orang cantik, ia bergantung bagaimana kita membawa diri,” ujarnya.
Madammu menambah, keyakinan diri dan cara seseorang wanita menampilkan personaliti memainkan peranan besar dalam membentuk persepsi nilai diri, sesuatu yang turut diterapkan dalam pembangunan jenama miliknya.


Falsafah ‘Mahal’ Dalam Bina Keyakinan
“Bagi saya, ‘mahal’ itu bukan pada rupa saja. Ia pada sikap, cara kita bercakap, cara kita melihat sesuatu dan juga lingkungan kita.
“Itu yang buat seseorang nampak lebih ‘expensive’. Saya memang pegang prinsip ini dari awal.
“Prinsip sama juga saya terapkan dalam NOIR. Dari segi formulasi produk, kita memang gunakan bahan berkualiti tinggi sebab kita nak wanita rasa yakin dan berbaloi bila guna produk kita,” katanya lagi.
Madammu berkat demikian ditemui di majlis kolaborasi antara NOIR dan PAUL, baru-baru ini.

Kolaborasi Perkukuh Jenama
NOIR mengukuhkan kedudukan dalam industri kecantikan menerusi kolaborasi strategik bersama jenama boulangerie Perancis terkenal itu sepanjang Ramadan di PAUL Pavilion Kuala Lumpur.
Menurut Madammu, kerjasama ini bukan sekadar jualan, sebaliknya platform pemasaran untuk memperluas pengaruh jenamanya dan membuka laluan ke pasaran antarabangsa, termasuk perancangan pembukaan cawangan baharu pada masa akan datang.
Ditubuhkan pada 2017, jenama berkenaan menyasarkan jualan tahunan mencecah RM100 juta selari usaha memperkukuh jenama dan mengembangkan perniagaan.
Lalu menerusi kerjasama ini, pengunjung turut ditawarkan pengalaman eksklusif menggabungkan elemen gastronomi dan kecantikan, termasuk French Iftar Buffet serta edisi khas L’Amour dalam koleksi Velvet Care Lipstick yang diinspirasikan estetika Perancis.
Pengarah Urusan PAUL, Jean Pierre Erba menyifatkan kolaborasi ini mencerminkan komitmen mereka dalam menawarkan pengalaman gaya hidup Perancis autentik yang relevan dengan budaya tempatan, sambil mengekalkan identiti jenama global.
PAUL kini mempunyai lebih 750 cawangan di 45 negara dan terus memperkukuh strategi pertumbuhan berasaskan kehendak pelanggan.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




