
Ryzal Ibrahim
Pempengaruh dan usahawan, Ryzal Ibrahim tampil berkongsi pandangannya selepas seorang individu menerusi aplikasi Threads meminta pendapat mengenai situasi menjalinkan hubungan cinta dengan pasangan yang berlainan agama.
Ryzal berpendapat, hidayah bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa atau dijangka kerana ia ketentuan Allah SWT atas usaha umatNya untuk menjadi insan yang lebih baik.
“Hidayah itu milik Allah. Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha.
“Teruskan berkawan dengan niat baik tapi jangan letak harapan,” tulisnya.
Baca Artikel Lain;
Dalam hantaran sama, suami kepada personaliti media sosial, Maryam Younarae itu turut menasihatkan agar kita sentiasa mempamerkan akhlak yang baik sebagai seorang Muslim.
“Dalam masa sama, tunjukkan sifat seorang Muslim yang baik.
“Dengan izinNya, siapa tahu Allah jadikan iman dia lebih hebat daripada kita,” kongsinya lag.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif warga maya yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan dikongsikan.
Malah ada yang turut memberikan pandangan serta nasihat membina mengenai isu berkenaan.
Untuk rekod, Ryzal mendirikan rumah tangga bersama Maryam Younarae yang berasal dari Korea Selatan pada Ogos 2019.
Maryam memeluk Islam dengan mendaftarkan pengislamannya secara rasmi pada Julai 2019, sebelum pasangan itu berkahwin.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nik You Rina dan Nik You Rian.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.