
Pada masa kini, memilih kandungan hiburan di rumah ada ketikanya boleh menjadi lebih sukar daripada memilih juadah makan malam.
Ada yang mahu menonton drama Korea, ada yang obses dengan siri trending di Netflix, malah ada juga yang tidak mahu terlepas siaran sukan, filem blockbuster atau drama tempatan yang sedang hangat diperkatakan.
Akhirnya, ramai pengguna mula mencari alternatif lain apabila kandungan terlalu terhad pada satu platform sahaja, sekaligus menyebabkan pengalaman menonton juga menjadi kurang memuaskan.
Ada juga dalam sesetengah keadaan, situasi ini boleh menyebabkan kita berebut alat kawalan jauh kerana setiap daripada kita mempunyai cita rasa hiburan tersendiri.
Melihat kepada perubahan gaya tontonan masa kini, Astro One tampil dengan penyelesaian hiburan yang lebih lengkap menerusi gabungan Astro dan Netflix dalam satu pakej yang lebih praktikal serta berbaloi.
Satu Pakej, Pelbagai Pilihan Hiburan
Melalui pakej ini, pelanggan bukan sahaja dapat menikmati pelbagai kandungan popular di Netflix seperti The Wonderfools, Formula 1: Drive to Survive dan lain-lain tapi turut boleh mengakses hiburan tempatan seperti Gegar Vaganza, First Wives dan lain-lain, saluran sports premium seperti Premier League, Formula 1, BWF Malaysia Masters dan lain-lain program keluarga menarik di Astro.
Lebih menarik, pelanggan juga boleh menikmati empat saluran Blockbuster secara percuma dalam pakej yang sama, sekali gus menjadikan pengalaman hiburan di rumah lebih lengkap tanpa perlu melanggan terlalu banyak platform berasingan.
Dengan pilihan kandungan yang lebih pelbagai, pengguna kini tidak lagi perlu pening memikirkan hiburan yang sesuai untuk semua orang di rumah.
Semuanya tersedia di satu tempat yang lebih mudah dan praktikal untuk dinikmati bersama keluarga.
Gabungan pakej hiburan ini ditawarkan pada harga bermula daripada RM74.90/bln, sekali gus memberikan lebih nilai kepada pelanggan yang mahukan pengalaman menonton lebih menyeluruh tanpa perlu berbelanja lebih.
Dalam dunia hiburan yang semakin berkembang, apa yang dicari pengguna hari ini bukan sekadar banyak pilihan, tetapi pengalaman menonton yang lebih lancar, lengkap dan memuaskan.
Astro One bersama Netflix hadir sebagai jawapan buat mereka yang mahu menikmati semuanya dalam satu langganan tanpa perlu lagi bertukar antara pelbagai platform.
Dapatkan Netflix bersama Astro One dengan 4 saluran Blockbuster percuma, hanya pada satu harga, bermula daripada RM74.90/bln.
Layari astro.com.my sekarang untuk maklumat lanjut. Tertakluk pada terma dan syarat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini