“Hebat,” – Pelakon Wanita Terbaik Drama ASK 2017, Fasha Sandha Puji Janna Nick Dalam Leftenan Zana

Share

Pelakon Fasha Sandha hari ini ada memuat naik sekeping foto bersama pelakon Janna Nick.

Menerusi ruangan kapsyen, Fasha yang sebelum ini pernah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin (ASK) dua tahun lalu turut memuji keberkesanan lakonan Janna menerusi drama rantaian terbaru, Leftenan Zana.

“Gambar dengan Kesayangan ramai #leftenanzana . Terbaik acting dia dalam cerita tu,. Hebat,” tulisnya ringkas.

Leftenan Zana bersiaran di TV3 setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9.00 malam. Selain Janna, drama bercorak ketenteraan ini turut menampilkan Redza Rosli, Tunku Hanis dan ramai lagi.

Foto: Instagram Fasha Sandha, Janna Nick

IKLAN