Ternyata Dukun merupakan filem yang dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia apabila ia berjaya meraih kutipan sebanyak RM6.2 juta dalam masa 4 hari tayangan sahaja!

Hebat! Baru 4 Hari Ditayangkan, Dukun Cecah RM6.2 Juta!

Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar berkata filem tersebut merupakan filem pertama syarikat tersebut yang berjaya memecah rekod tersebut.

IKLAN

“Ini adalah kali pertama filem terbitan kami yang berjaya meraih kutipan mencapai RM 6.2 juta dalam tempoh empat hari.

“Kami sememangnya mengharapkan filem ini diterima oleh penonton di luar sana. Namun, kami tidak menjangkakan sambutan luar biasa seperti ini.

“Saya ingin merakamkan ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan filem ini terutamanya kepada penerbit eksekutif, Dominique Hue dan sutradara Dain Said yang telah menghasilkan sebuah karya yang hebat.

“Usaha dan komitmen pelakon yang terus memberikan kerjasama dalam mempromosikan filem ini sangat kami hargai.

“Astro Shaw berharap agar penonton akan terus memberi sokongan pada filem tempatan dan tayangan filem Dukun akan terus bertahan di pawagam,” katanya kepada Astro Gempak.

Dukun mula menghantui di pawagam bermula sejak 5 April lalu dan dibarisi pelakon yang hebat seperti Datin Seri Umie Aida, Faizal Hussein, Sofi Jikan, Hasnul Rahmat, Nam Ron, Elyana, dan Bront Palarae serta diarahkan oleh pengarah, Dain Said.

Hebat! Baru 4 Hari Ditayangkan, Dukun Cecah RM6.2 Juta!

IKLAN

Tambah Najwa lagi, trailer filem tersebut juga turut memberikan sejarah manis buat Astro Shaw disamping memecahkan rekod tontonan di Youtube.

IKLAN

“Trailer Dukun yang dimuat naik di laman YouTube berjaya mencecah sejuta tontonan selepas enam hari dilancarkan. Gimik video viral #PerempuanKebayaMerah pula telah ditonton melebihi 30 juta kali.

“Filem ini juga merupakan filem pertama Astro Shaw yang mempunyai 34 kali tayangan dalam masa sehari pada satu pawagam serta berada di kedudukan pertama mengatasi filem antarabangsa,” katanya lagi.

Pada MH, sesuailah bila orang kata bahawa filem ini sebuah nashkah yang dinantikan oleh rakyat 12 tahun lamanya, apa-apapun syabas MH ucapkan kepada team Dukun!

Sumber: Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI