Ads

Hazeeq Dean Tak Tahu Isu Bercumbu Di Photobooth Yang Kontroversi, Ulas Hubungan Dengan Dayang Areeda

Terpalit kontroversi kononnya bercumbu dengan seorang pelakon wanita, Hazeeq Dean tampil menjelaskan dia tidak tahu-menahu langsung mengenai isu viral tersebut atau mana-mana hal sensasi lain.

Menurut Hazeeq, dia memilih untuk tidak mengulas lanjut demi menjaga privasi semua pihak, sebaliknya mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap bidang lakonan dan perniagaan yang sedang dibinanya.

Hazeeq Dean Tak Tahu Isu Bercumbu Di Photobooth Yang Kontroversi, Ulas Hubungan Dengan Dayang Areeda“Sejujurnya saya tidak tahu-menahu mengenai sebarang isu viral yang berlaku ini. Sejak bergelar pelakon, saya memang hanya memberikan fokus terhadap dunia drama dan filem.

“Kebetulan juga bisnes saya kini semakin berkembang dan saya merancang untuk membuka kedai sendiri.

“Saya hanya fokus terhadap kerja. Jadi, untuk hal-hal yang viral ini, saya tiada benda nak komen demi menjaga privasi semua orang.
Tak kisahlah untuk mana-mana isu atau gambar yang viral sekali pun,” katanya kepada MH.

Bintang kelahiran Hero Remaja 2020 itu berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Safira (Bukan Nama Sebenar) di Pavilion Damansara Height, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Ads

Dalam pada itu, Hazeeq menganggap isu sebegini sebahagian daripada asam garam dunia seni yang tidak dapat dielakkan.

Hazeeq Dean Tak Tahu Isu Bercumbu Di Photobooth Yang Kontroversi, Ulas Hubungan Dengan Dayang Areeda

“Saya hanya mahu memberi fokus terhadap perkara-perkara yang memberi manfaat kepada diri sendiri. Sebagai contoh, saya mahu memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik dalam bidang lakonan.

“Apa sahaja isu yang viral melibatkan drama atau apa-apa hal sekali pun, siapalah kita nak menutup mulut orang.

Ads

“Selagi saya boleh fokus dengan kerjaya, saya baik-baik sahaja. Saya anggap ini adalah asam garam sebagai anak seni,” ujarnya lagi.

Soal Cinta Masih Privasi

Sementara itu, Hazeeq juga tidak mahy ulas panjangengenai status hubungannya dengan pelakon wanita Dayang Areeda, yang kini didakwa rapat dengannya.

Hazeeq Dean Tak Tahu Isu Bercumbu Di Photobooth Yang Kontroversi, Ulas Hubungan Dengan Dayang Areeda

“Pada saya, soal percintaan ini adalah hal privasi. Percayalah jika satu hari nanti saya sudah bersedia untuk berkongsi, saya akan maklumkan berita baik ini kepada semua orang.

Ads

“Saya memilih untuk menjaga privasi dan tidak mahu komen tentang hubungan ini. Kalau ada yang mengiyakan, saya tidak kisah kerana ia bukan keluar daripada mulut saya sendiri.

“Untuk siapa yang tahu saya sedang bersama siapa atau ada terjumpa kami di luar, mereka akan tahulah. Tapi untuk saya umumkan, rasanya belum tiba masanya lagi,” katanya lagi.

Sebelum ini, tular foto dua pelakon yang didakwa melakukan aksi tidak senonoh di photobooth sebuah pusat membeli-belah, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen.

Pelbagai nama pelakon dikaitkan warganet di media sosial, termasuk Hazeeq.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Dah Tukar Baju & OTW Nak Balik, Ernie Zakri Terimah Lebih...

Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.
error: Hello. Cannot.