Jika anda masih ingat pada minggu pertama Gegar Vaganza musim keempat yang lalu, satu kontroversi berlaku apabila Nabil dikatakan telah bergurau sedikit kasar dengan salah seorang peserta pada musim ini, Hazami.

Menurut satu sumber, Hazami telah berpesan kepada Nabil agar lebih berhati-hati dalam bergurau kerana khuatir gurauan itu boleh menimbulkan kontroversi sekali lagi.

Kata penyanyi ini, dia sudah bercakap secara peribadi dengan pengacara dan pelawak tersebut agar membataskan gurauan yang boleh mengguris hati peminatnya.

IKLAN

“Lawak yang dilakukan itu tidak apa-apa pada saya tapi peminat saya tidak boleh terima dan menganggap ia sebagai keterlaluan.

 

“Jadi jalan terbaiknya saya berbincang dan cakap sendiri dekat Nabil sebagai jalan tengah. Saya tahu dia perlu menghidupkan suasana ceria. Dalam masa sama saya juga perlu menjaga hati peminat-peminat yang mengambil berat hal itu,” ujarnya.

Tambah Hazami lagi, dia sudah menganggap Nabil seperti adik beradik kerana sudah lama kenal dengan pengacara itu dan dia juga tahu cara Nabil bergurau.

” Cuma ketika atas pentas muka saya nampak serius supaya dia faham dan tidak keterlaluan.

 

“Dia pun beritahu saya supaya saya hentam dia balik ketika di pentas,” katanya kepada Mstar Online.

Terdahulu, Nabil dikecam oleh netizen apabila menjadikan Hazami sebagai bahan gurauan kasarnya malah Nabil dikatakan seperti melakukan gangguan seksual terhadap penyanyi itu apabila bertindak memegang leher penyanyi tersebut ketika juri sedang memberikan komen.

IKLAN

Bagaimanapun, Hazami memberitahu di Instagram miliknya bahawa dia sebenarnya tidak tersinggung dengan gurauan Nabil dan berkata Nabil juga sudah memohon maaf kepadanya.

IKLAN

A post shared by Hazami Kamal (@hazamiofficial) on

“Salam. Saya faham ada yang kurang setuju dengan bahan jenaka ni ya. Saya faham. Tapi ini SEKADAR HIBURAN ok. Kita chill k. Maafkan satu sama lain. I am ok ?. Saya doakan korang pun ok ❤. Just have fun and chill with @gegarvaganzaofficial ❤❤❤ (Next time saya bawak rotan jew,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sumber: Mstar Online & Instagram Hazami

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI