“Hati Ini Sangat Berat Untuk Melepaskan Anak Sulung,” – Ibu Zahirah MacWilson Yakin Aiman Hakim Mampu Jadi Menantu Baik

Share

Gembira atas perkahwinan puteri sulung baru-baru ini, ibu kepada Zahirah MacWislon iaitu Maslinda Yusoff kini menarik nafas lega apabila Zahirah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Aiman Hakim Ridza pada 20 Februari lalu. 

Kongsinya, meski berat untuk melepaskan Zahirah, namun Maslinda yakin dengan menantunya (Aiman) yang akan menjaga dan melindungi anaknya dengan baik. 

“Walaupun hati ni sgt berat untuk melepaskan puteri sulong saya, namun saya bersyukur dia diijab kabulkan dgn seorang suami yg saya yakin akan menjaganya dgn baik dan ikhlas #zahirAH love you so much kak,” tulisnya.

Sementara itu, bapa Zahirah, Zainol Macwilson turut meluahkan rasa gembira diatas perkahwinan anaknya itu. 

“Al’hamdullilah! Dgn kehendak Allah swt, dua insan ini, telah pun selamat di ijabkabulkan & walinya, saya sendiri.

“Sama-sama kita berdoa semoga mereka berdua hidup bahagia hingga ke Jannah, amin,” tulisnya.

 Terdahulu, Zahirah,25, sah bergelar isteri kepada pelakon, Aiman Hakim Ridza, 31, dengan sekali lafaz di GlamHall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara pada 20 Februari lalu.

 Pasangan ini kemudiannya mengadakan majlis resepsi pada 21 Februari.

 Malah, kek perkahwinan berbentuk chandelier yang digantung dari bahagian siling menjadi tumpuan ramai.

Kek unik berperisa vanila itu dihasilkan tujuh tingkat secara menurun dari bahagian terbesar berada di tingkat paling atas, manakala bahagian paling kecil di bahagian bawah.

Secara tak langsung, ia menampakkan kek itu disusun secara terbalik dan kelihatan seperti lampu chandelier gergasi yang mewah.

Foto: Instagram Maslinda Yusoff, Zainol MacWilson, Zahirah MacWilson

IKLAN