“Hasrat Hati Nak Masuk Hero Remaja Dari Dulu Lagi Tapi…,”- PU Riz

Share

Sempena ujibakat program Hero Remaja yang diadakan sejak semalam, pendakwah selebriti dan pelakon, Pencetus Ummah (PU) Riz berkongsi hasrat hatinya yang pernah bercita-cita untuk menyertai program tersebut.

Bagaimanapun, Riz atau nama penuhya Muhammad Haris Mohd Ismail berkongsi pengalaman apabila dirinya ke sisi lain untuk menyertai program Pencetus Ummah musim keempat.

Ni saja lah nak cerita pasal Hero Remaja.

“Sebenarnya, memang hasrat hati aku nak masuk Hero Remaja dari dulu.

“Tapi ter-masuk Pencetus Ummah, walaupun dah bertahun-tahun simpan hasrat hati, tahun ni nak cuba,” tulisnya apabila melayangkan status di Twitter.

Riz yang pernah membintangi drama Lelaki Kiriman Tuhan itu mahu mencuba nasib tahun ini, namun tidak menepati syarat kerana faktor usia.

“Aku tahun ni 24, rasa mcm bolehlah nak cuba, tapi hampeh bila tengok syarat dia (2020 umur 24) bertakung air mata melihatnya

.

“Tapi takpelah aku yakin dengan ketentuan Allah.Semoga aku diberi peluang yg banyak lagi di masa depan & dimurahkan rezeki.amiin,”kongsinya.

Menerusi ruangan komen,rata-rata telah memberikan pendapat masing-masing dan mendoakan agar anak kelahiran Selangor itu sentiasa dimurahkan rezeki dalam apa jua bidang yang diceburi.

Dalam perkembangan lain, ujibakat pencarian Hero Remaja bermula sejak semalam hingga hari ini.

Malah, pencarian tersebut diteruskan lagi pada 28 dan 29 Disember ini di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

Syarat penyertaan seperti dibawah:

Foto: Twitter PU Riz

IKLAN