Hiburan

Harry Styles Kini Tunangan Zoe Kravitz

Share

Hubungan cinta di antara penyanyi terkenal, Harry Styles dan aktres Hollywood, Zoe Kravitz kini semakin serius apabila pasangan ini dilaporkan sudah pun mengikat tali pertunangan.

Khabar angin tersebut mula hangat diperkatakan selepas Zoe dilihat beberapa kali tampil dengan sebentuk cincin berlian besar di jari manisnya, sekali gus mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat dan media antarabangsa.

Apa yang lebih menarik, hubungan mereka sebenarnya masih baru apabila mula dikaitkan sekitar Ogos tahun lalu. Namun, dalam tempoh kurang setahun, pasangan ini sudah bersedia untuk melangkah ke fasa lebih serius.

Sebelum ini, mereka pernah beberapa kali dilihat bersama di lokasi romantik seperti Rome sebelum hubungan tersebut semakin jelas apabila kedua-duanya kerap meluangkan masa bersama di London dan New York.

Menurut laporan People menerusi sumber terdekat mereka, Harry Styles dikatakan benar-benar terpikat dengan Zoe, malah hubungan mereka berkembang secara semula jadi tanpa tekanan luar. Zoe pula difahamkan berada dalam fasa paling bahagia dalam hidupnya ketika ini.

Dalam masa sama, cincin yang digayakan Zoe turut menjadi topik hangat apabila dipercayai mempunyai rekaan minimalis tetapi dihiasi berlian bersaiz besar, sekali gus membuatkan ramai membuat spekulasi bahawa ia merupakan cincin pertunangan.

Sedikit info, Harry Styles mula mencipta nama dalam dunia hiburan antarabangsa apabila beliau bergelar salah seorang ahli kumpulan One Direction yang mencipta fenomena di seluruh dunia. Zoe pula merupakan anak kepada legenda muzik terkenal, Lenny Kravitz dan pelakon, Lisa Bonet sebelum memahat namanya sebagai salah seorang anak seni berbakat besar di Hollywood.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Published by
MFA