“Hari Ni Bangun Tidur Rasa Sangat-Sangatlah Sayu…,” – Jantung & Organ Dalaman Rosak, Ashraf Muslim Maklum Bapa Positif Covid-19

Share

Pelakon, Ashraf Muslim memaklumkan bahawa bapanya, Haji Muslim Bulat telah dijangkiti wabak Covid-19 tahap 5B, beberapa hari lalu.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, pelakon berusia 40 tahun ini mendedahkan jantung dan beberapa organ dalaman bapanya didapati rosak.

Difahamkan, bapanya kini sedang menjalani rawatan Unit Rawatan Rapi (ICU), di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, pelakon kelahiran Telok Mas, Melaka ini mengharapkan ramai mendoakan agar bapanya diberikan kesembuhan dan bebas daripada wabak penyakit berkenaan.

“Ya Allah. Hari ni bangun tidur rasa sangat-sangatlah sayu, puas pujuk hati ni tapi gagal jgak pagi ni. Memang pagi ni saya paksa diri saya utk sampaikan berita ini.

“Saya mohon maaf kepada semua dan meraih doa dari sahabat semua mendoakan ayahandaku Hj Muslim bin Bulat. Diberi kekuatan dan kesembuhan kepadanya.

“Dalam hidup terlalu byk pengorbanan yg telah ku lakukan tapi yaAllah aku belum sedia lagi utk terima perkara yang tak diingini berlaku terhadap ayahandaku.

“Apa yang diharapkan skrang ialah keajaiban yg berlaku terhadap ayah kembali sihat seperti biasa. Allahuakbar.. ya Allah.. bantulah kami semua,” tulisnya.

Sebelum ini, Ashraf juga pernah disahkan positif Covid-19 pada 12 April tahun lalu.

Foto: Instagram Ashraf Muslim

IKLAN