
Pelakon, Ashraf Muslim memaklumkan bahawa bapanya, Haji Muslim Bulat telah dijangkiti wabak Covid-19 tahap 5B, beberapa hari lalu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, pelakon berusia 40 tahun ini mendedahkan jantung dan beberapa organ dalaman bapanya didapati rosak.
Difahamkan, bapanya kini sedang menjalani rawatan Unit Rawatan Rapi (ICU), di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, pelakon kelahiran Telok Mas, Melaka ini mengharapkan ramai mendoakan agar bapanya diberikan kesembuhan dan bebas daripada wabak penyakit berkenaan.
“Ya Allah. Hari ni bangun tidur rasa sangat-sangatlah sayu, puas pujuk hati ni tapi gagal jgak pagi ni. Memang pagi ni saya paksa diri saya utk sampaikan berita ini.
“Saya mohon maaf kepada semua dan meraih doa dari sahabat semua mendoakan ayahandaku Hj Muslim bin Bulat. Diberi kekuatan dan kesembuhan kepadanya.
“Dalam hidup terlalu byk pengorbanan yg telah ku lakukan tapi yaAllah aku belum sedia lagi utk terima perkara yang tak diingini berlaku terhadap ayahandaku.
“Apa yang diharapkan skrang ialah keajaiban yg berlaku terhadap ayah kembali sihat seperti biasa. Allahuakbar.. ya Allah.. bantulah kami semua,” tulisnya.
Sebelum ini, Ashraf juga pernah disahkan positif Covid-19 pada 12 April tahun lalu.
Foto: Instagram Ashraf Muslim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sejak Mula Isteri Sakit, Saya Sering Terima…,” – Kalau Ada Wanita ‘Call’, Edika Yusof Bagi Telefon Biar Isteri Jawab

Pelakon senior Edika Yusof mengakui dirinya kurang selesa apabila dirinya kerap dijadikan bahan perbandingan dengan orang lain.
Ini kerana baginya, setiap pasangan berkahwin itu ada ujian yang tersendiri dan masing-masing perlu tahu tanggungjawab.
“Sebenarnya, saya tidak gemar apabila ada yang membandingkan saya dengan rakan selebriti lain. Bukan apa, saya kasihan rakan yang menjadi mangsa perbandingan. Soal setia mahupun curang bukan terletak pada rupa paras, tetapi rasa tanggungjawab.
“Cabaran sentiasa, pasangan yang berkahwin umpama dua makhluk asing yang tinggal dalam satu rumah. Tidak akan selalu sependapat dan setiap orang ada masalah tersendiri.
“Bagaimanapun, sebaiknya sah bergelar suami isteri bermakna kita harus menandatangani perjanjian berdepan dengan pelbagai dugaan hidup bersama-sama.
“Semua orang sama sahaja, cuma terserah kepada individu sama ada mahu bertanggungjawab ataupun tidak.
“Perkahwinan ibarat sebuah syarikat, sebaik sahaja bersetuju untuk membina syarikat, daripada tidak ada modal kita sama-sama membinanya hingga berjaya,” kata suami kepada Nor Hidayah Yusri ini memetik BH Online.
Terdahulu, Nor Hidayah diuji ketika melahirkan cahaya mata kedua apabila menghidap penyakit meningitis hingga menyebabkannya koma, bisu, hilang deria pendengaran selama setahun, diikuti lumpuh separuh badan.
Sementara itu, bintang berusia 53 tahun itu menjelaskan, dia tidak pernah menyorokkan sebarang rahsia daripada pengetahuan pasangannya.
Malah, katanya, dia tidak pernah menghalang isteri daripada memeriksa telefon bimbit, lebih lagi, tiada rahsia yang perlu disembunyikan.
“Sepanjang berkahwin, saya tak pernah menyorokkan sebarang perkara daripada pengetahuan isteri. Saya akui, cabaran amat besar apabila bergelar pelakon. Sentiasa ada wanita yang cuba mendekati saya.
“Sejak mula isteri sakit, saya sering menerima panggilan daripada wanita. Sampai sekarang masih ada yang menghantar mesej langsung dalam laman sosial, tetapi saya tidak melayannya. Ada antara mereka yang berani menghubungi saya, tetapi saya akan menyerahkan telefon kepada isteri untuk menjawabnya,” katanya.
Sepanjang tempoh berumah tangga, dia turut melakukan semua perkara termasuklah menguruskan perniagaan percetakan, produk kecantikan dan menguruskan anak-anak bersama isterinya.
“Kerja rumah, memasak, membeli barang, bekerja, segala-galanya dilakukan bersama. Segala kekurangan dalam diri juga diperbaiki bersama-sama.
“Jadi, tiada apa yang perlu disorokkan dengan isteri. Bukan hendak berlagak hebat, tetapi semua ini kuasa tuhan. Cuma selagi boleh elak, saya elak. Ini kerana jika kita cuba sorok sesuatu, lambat laun Tuhan akan tunjuk juga,” katanya lagi.
Sementara itu bagi Nor Hidayah, tipu jika sebagai isteri tidak merasa curiga. Namun, dia meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami kerana cukup mengenalinya.
“Edika, seorang lelaki yang sangat berterus terang. Jika ada perkara yang tidak kena, dia tidak akan menyorokkan perasaannya.
“Hendak kata tiada risau, sedikit sebanyak tentulah ada kerisauan. Cuma, saya meletakkan sepenuh kepercayaan kerana amat mengenalinya. Suami tidak pandai menyembunyikan perasaannya. Jika tak suka, dia akan berterus terang.
“Jika menyampah dengan seseorang, dia juga akan beritahu saya. Suami seorang yang sangat ‘gentleman’, semua hal dikongsikan dengan saya,” katanya.
Nor Hidayah berkata, dia tahu ramai yang cuma mendekati suami ketika dirinya terlantar. Malah, ada yang menyuruh suami berkahwin lagi.
“Saya tak tahu nak cakap macam mana, tetapi saya tak pernah berputus asa sejak hari pertama sakit. Mujurlah, saya tidak mengalami kemurungan.
“Bagi saya, tiada masa mahu termenung dan meratapi dugaan yang berlaku, sebaliknya, saya lebih memikirkan tanggungjawab terhadap anak-anak.
“Memang pernah terlintas difikiran suruh suami cari pengganti, tetapi mana-mana wanita tentu sukar untuk menerimanya. Tetapi, saya hanya fikir ‘move on’ dan terima sahaja,” katanya.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Nazirul Afiq, 21, Fardeen Nasrulhaq, 17, dan Fereena Nurulhaq, 16.
Sumber, Foto : BH Online, Instagram Edika Yusof
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lidah Ini Tidak Pernah Serik Menyebut Nama Kamu,” – Isa Khan Sentiasa Doa Agar Risteena Jadi Miliknya Yang Sah

Sudah mengikat tali pertunangan pada November tahun lalu, Isa Khan dan Nur Risteena Munim dilihat semakin bahagia bersama.
Sering berkongsi foto di media sosial, Isa baru-baru ini ada meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang wanita yang sentiasa memahami dirinya.
“Jatuh cinta itu tidak mudah. Jika saat permulaan cinta itu penuh dengan ujian dan dugaan, pasti di akhirnya ada kemanisan yang menanti.
“Selama ini aku menanti dengan penuh harapan agar setiap doa yang aku minta kepada Allah Swt dimakbulkan dan jadi kenyataan.
“Lidah ini tidak pernah serik menyebut nama kamu di dalam setiap doa aku agar suatu hari nanti kamu menjadi milik aku,” tulisnya.
Isa,27, juga tidak dapat menyembunyikan perasaan cintanya terhadap Risteena yang sukar diungkap dengan kata-kata.
“Tidak pernah sedikit pun perasaan cinta ini hilang di dalam hati aku. Adakah ini erti cinta sebenar?
“Kita merancang dan Allah Swt yang menentukan segalanya. Tidak perlu khuatir, yakin dan percayalah. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih, Cinta,” akhirinya.
View this post on InstagramA post shared by ℑ𝔖𝔄 𝔎ℌ𝔄𝔑 (@theisakhan) on
Video tersebut memaparkan Risteena manis berhijab, manaka Isa segak bersuit hitam mengabadikan memori bersama.
Terdahulu, Risteena dan Isa bertunang pada 23 November 2019 di Bali, Indonesia dengan dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak.
Dalam perkembangan lain, kedua-duanya sedang giat menjalankan produk kecantikan hasil usaha sama.
View this post on InstagramKenapa comey sangattt niii??? 🤪
A post shared by ℑ𝔖𝔄 𝔎ℌ𝔄𝔑 (@theisakhan) on
View this post on InstagramA post shared by ℑ𝔖𝔄 𝔎ℌ𝔄𝔑 (@theisakhan) on
View this post on InstagramA post shared by ℑ𝔖𝔄 𝔎ℌ𝔄𝔑 (@theisakhan) on
View this post on InstagramA post shared by ℑ𝔖𝔄 𝔎ℌ𝔄𝔑 (@theisakhan) on
Foto : Instagram Isa Khan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Wanita Hebat Adalah Yang Mampu Lihat ‘Ketidaksempurnaan’ Sebagai Sumber Kekuatan,”- Amyra Rosli

Isi Kandungan
ToggleSiapa yang tidak mengenali dengan pelakon serta pengacara jelita, Amyra Rosli? Bukan hanya memiliki senyuman yang manis malah setiap apa yang digayakan olehnya, pasti menjadi igauan pada mata yang memandang.
menerusi laman Instagramnya, Amyra Rosli atau nama sebenar Nur Amira Izzati Rosli, setiap hantaran yang dimuatnaik pastinya berjaya memukau para peminat. Ini kerana, kejelitaannya amat terserlah hingga menjadi sorotan warganet!
Amyra Rosli Kini Pelopor Bidang Pengacaraan!
”Wanita yang hebat adalah wanita yang menjadikan ketidaksempurnaan sebagai sumber kekuatan dirinya”
Kapsyen yang dimuat naik juga turut menjadi perhatian netizen kerana ramai menganggap ia amat sesuai dengan peribadi Amyra yang sentiasa disenangi ramai.
Meskipun sibuk berkerja sebagai seorang pelakon juga pengacara, ia tidak menghalang Amyra untuk sentiasa tampil jelita dan berseri setiap masa!
Malah, ada juga yang bergurau dengannya menerusi ruangan komen dengan mengatakan bidadari milik pelakon Amar Baharin ini kelihatan amat cantik!
Imbau Kembali Fasa Awal Penghijrahan
“Sebenarnya selepas balik dari Makkah, Myra belum bersedia untuk bertudung tapi Myra dengar banyak cerita-cerita orang selepas kau balik dari Makkah kau kena bertudung selama 44 hari, saya tidak tahu ini betul atau tidak
“Myra kena hadiri program Meletop selepas balik dari Makkah, alamak aku nak pakai tudung ke tak? Sebab Myra perlu menghormati benda yang Myra perlu buat selepas balik dari Makkah.”
Myra berkongsi dia berasa pelik jika keluar rumah dengan tidak memakai tudung, dalam masa yang sama, dia tidak berasa yakin kerana tidak tahu untuk berfesyen jika mengenakan hijab.
Jangan Toleh Belakang, Jika Mahu Istiqamah!
Isteri kepada Amar Baharin itu berkata, bila berhijab dijalan yang betul dan percaya dengan rezeki di tangan Allah, rezeki yang diberi akan lebih berlipat ganda.
“Jangan pandang belakang, jangan rasa kita tidak boleh mencari rezeki sebabnya hanya kerana berhijab, tidak sama sekali.”
“Bila berhijab ini, kita kena istiqomah dan mempunyai support system yang sangat kuat, iaitu dari suami dan keluarga sendiri.” katanya lagi.
Sekadar info, Amyra berkahwin dengan pelakon gandingannya dalam drama Tersuka Tanpa Sengaja, Amar Baharin pada 11 November 2016 dan mempunyai dua orang cahaya mata.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber gambar: Instagram Amyra Rosli
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI