Gara-gara berambut pendek dan pemakaiannya yang kelihatan seperti lelaki, anak usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B ‘diragui’ oleh pengawal di sebuah pusat beli belah susulan memasuki tanda wanita.
Disebabkan kekeliruan itu, Vida yang turut berada di tempat sama tampil menerangkan hal sebenar kepada pengawal berkenaan, bahawa Cik B seorang perempuan.
Cik B sebelum masuk ke tandas juga memberitahu, ‘im a girl’.
Malah video berkaitan turut dikongsikan penyanyi lagu Ku Ikhlaskan ini menerusi Instagram, hingga menerima perhatian wargamaya.
“Hari ini hari ketiga dah orang marah Cik B masuk tandas. Kata ‘hello helo’ jaga (pengawal keselamatan) itu marah. Cik B dah masuk dalam tandas, mamalah kena jawab,” kata Vida di dalam video terbabit.
Ads
Sementara itu pada ruangan kapsyen, Vida turut meminta maaf kepada Cik B kerana memotong rambut anaknya itu sehingga pendek.
“Maafkan mama Cik B, Mama salah sebab potong rambut Cik B,” tulisnya.
Ads
Sebelum ini, Vida ada memberikan penjelasan berhubung imej terbaharu Cik B yang memotong rambut pendek.
Vida memohonagar semua pihak memberi ruang dan masa buat anaknya yang kini berusia 17 tahun untuk meneroka zaman remajanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Nourul Depp akui teruja selepas berkesempatan bertemu dan meluangkan masa bersama usahawan, Nur Sajat Kamaruzzaman ketika sedang bercuti di Sdyney, Australia.
Menurut Nourul, orang luar boleh bercakap apa sahaja tentang Nur Sajat tetapi hanya mereka yang mengetahui kisah sebenar sahaja yang berhak menilai.
Katanya lagi, kisah yang diceritakan oleh usahawan kosmetik itu akan sentiasa tersemat di dalam hatinya sampai bila-bila.
“Beautiful day well spent. Thank you again @nursajatkamaruzzaman . Orang tanya apa amazing nya? Kalau tak tahu perjalanan seseorang, anda jangan tanya kenapa.
“Ternganga mulut dengar cabaran nya. And you wonder why. Tutup kisah itu. Simpan dalam lipatan sejarah kehidupan,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Terlalu Terluka itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Pada masa sama, Nourul turut menyifatkan usahawan kosmetik itu sebagai seorang yang sangat kuat meskipun terpaksa menempuh pelbagai dugaan di dalam hidupnya.
“Terinspirasi dan sentiasa sebut allahuakbar dengar ceritanya. Ya allah Jat, kau kuat adik. Happy now. Alhamdulillah.
“Saya simpan cerita ini sehingga akhir hayat saya. Tahulah yang saya menyayangi kamu. Kamu punyai hati dan budi yang baik,” ujarnya lagi.
Sebelum itu, Nourul juga ada mengadakan sesi siaran langsung di Instagram bersama Sajat.
Memegang watak sebagai Mia Sara di dalam drama terbaru Cina Buta, pelakon, Nad Zainal mendedahkan dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk melakokan drama-drama yang mengangkat kisah tentang penceraian rumah tangga.
Menurut Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, dia langsung tidak terkesan kerana menyifatkan suasana di set penggambaran sangat positif.
“Sejak drama Hati Yang Tersakiti, kemudian ada back to back drama lain, semuanya berkisarkan tentang saya diceraikan. Malah, dalam dunia realiti pun begitu juga.
“Namun, saya sejenis yang tidak suka bercerita mengenai kisah peribadi tapi mungkin sedikit sebanyak apa yang berlaku di dalam drama itu seperti satu persiapan untuk saya.
“Jadi, saya tidak rasa terkesan. Saya okay sahaja di set penggambaran. Set ini juga sangat-sangat positif walaupun ketika itu saya sedang melalui satu fasa yang sukar. Saya tak rasa terbeban kerana mereka sangat supportive,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2018 itu turut memberitahu, ada juga beberapa babak didalam drama ini yang diambil daripada kehidupan sebenarnya.
“Saya tak boleh bagitahu yang mana satu kerana terlalu personal. Cukuplah saya tengok dan ketawa sendiri. Saya pun tak sangka Abang Shahrulezad akan gunakan idea tersebut.
“Saya cuma ingin membantu pengarah kerana dia tak pernah berkahwin. Jadi, dia pun tanya tentang isu-isu remeh yang selalu buat pasangan rumah tangga bergaduh,” kongsinya lagi
Nad berkata sedemikian ketika ditemui dimajlis sidang media drama Cina Buta yang berlangsung di ibu kota pada Jumaat.
Bercakap mengenai imej terkininya yang tampil anggun berhijab, ibu kepada dua orang cahaya mata ini berharap agar semua pihak dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Bagaimanapun, dia tidak boleh mengulas lanjut mengenai hal tersebut kerana masih punya komitmen kerja yang memerlukan dia untuk tidak berhijab.
“Tentang imej saya ketika ini, saya tak boleh nak mengulas panjang. Rasanya cukuplah kalian mendoakan yang terbaik buat saya. Saya masih lagi dalam proses belajar.
“Lagipun, saya punyai dua komitmen kerja yang memerlukan saya untuk tidak bertudung. Apapun, saya gembira dengan apa yang saya pakai sekarang dan berharap dapat teruskan lagi pada masa hadapan,” ujarnya lagi.
Ketika ditanya adakah dia akan lebih selektif dalam soal pemilihan watak selepas ini, Nad memberitahu dia percaya dengan perancangan Allah SWT.
“Selepas ini, mungkin ada sesetengah produser atau pengarah yang akan berasa sedikit susah untuk memberikan watak andai seseorang pelakon itu dah bertudung.
“Cuma, saya rasa ia tidak akan jadi masalah. Saya tengok pelakon-pelakon lain pun masih diberikan kepercayaan seperti Noor Khiriah. Siap dapat watak antagonis lagi.
“Saya pun masih belajar. Saya pun tak la cepat nak mengatakan tidak. Saya juga tak mahu beri kesukaran kepada pihak produksi. Kita berubah perlahan-lahan,” akhirinya.
Terdahulu, selain Nad, drama arahan Shahrulezad Mohameddin ini turut membariskan ramai pelakon-pelakon hebat antaranya Ungku Ismail, Aliff Aziz, Puteri Aishah, Azhan Rani dan ramai lagi.
Cina Buta bakal menemui penonton bermula 9 November ini pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, di slot Mega Drama Astro Ria (104) atau Astro Go.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyokong industri seni yang sentiasa menyokong program Gegar Vaganza musim kesembilan 9 (GV9), Ann akan tetap memberikan sokongan kepada mana-mana rancangan lain pada masa akan datang.
Menurut Ann yang turut mesra disapa sebagai Ann Artis atau Cik B, dia tidak keberatan untuk terus mengikuti program berbentuk hiburan lain.
“Selepas GV9, insya-Allah, saya akan terus beri sokongan pada program berbentuk hiburan terbitan Astro. Jika ada sebarang offer daripada Astro pun saya tak keberatan untuk terima,” katanya, memetik Gempak.
Ann, 34, sebelum ini tular selepas kekal relak dan tidak melenting selepas menerima pelbagai komen wargamaya di media sosial susulan penampilannya yang disamakan seperti pemandu lori dan sebagainya.
Malah, tak kurang yang turut memuji keyakinan serta keperibadian tenang yang dimilikinya.
Dalam pada itu pada malam kemuncak GV9 lalu, Ann melaram dres hitam hasilan pereka Kay Ibrahim manakala solekan pula oleh Suhaizan daripada Alha Alfa.
Ann juga tumpang gembira apabila penyanyi kesayangannya, Jaclyn Victor dinobatkan sebagai juara GV musim terbaharu.
“Bagi saya Jac dah buat yang terbaik dan dia layak untuk bergelar juara GV9. Menerusi persembahannya, kita tahu dia dah buat sebaik mungkin.
“Daripada minggu pertama sehingga akhir, kita dah nampak kebolehan dia. Itulah Jac yang kita kenal, vokalnya, persembahannya.
“Malah kalau diberi peluang untuk mekapkan Jac, saya terima. Kalau ada rezeki, boleh sahaja,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!