Tidak dinafikan, perkhidmatan penstriman media, Over The Top (OTT) bukan sahaja memudahkan akses bagi penonton menikmati filem, muzik, drama dan pelbagai kandungan digital, malah harga berpatutan ditawarkan merangkumi penggunaan lebih meluas.
Apatah lagi, dengan kekangan pandemik COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasakan, ramai yang memilih hiburan di hujung jari sahaja.
Lalu, telefon bimbit yang mempunyai akses internet boleh menstrim filem dan pelbagai kandungan digital di mana sahaja.
Mengambil peluang pada masa yang tepat, Mbits Digital Sdn Bhd memperkenalkan saluran Popcorn menerusi PLAY yang juga platform penyiaran digital tele-virtual OTT pertama dalam industri penyiaran di Malaysia.
Seperti aplikasi digital lain, PLAY boleh dimuat turun menerusi laman web, PLAY, Apple, Huawei dan Google Store.
Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Mbits Digital, Saraleana Nattaya Azmi, berkata, perbezaan PLAY dan penyiaran lain di Malaysia adalah kemudahan akses kepada kandungan digital, filem, muzik dan drama yang disediakan.
“PLAY adalah penyiaran digital baharu dan secara teknikalnya, PLAY seperti stesen televisyen (TV), cuma bezanya kami memilih platform penyiaran digital bukan penyiaran secara satelit.
“Kalau mahu membayangkan aplikasi digital yang sedia ada, ia seperti gabungan stesen TV, Netflix dn Spotify disebabkan kepelbagaian kandungan yang disediakan,” katanya.
Turut serta pada sesi pelancarannya ialah pengasas bersama yang juga Ketua Pegawai Strategik Mbits Digital, CL Hor dan Ketua PLAY, Ian Chin.
Dari segi jenis kandungan, Saraleana berkata, pengguna boleh menikmati pelbagai kandungan seperti Video On Demand, muzik, konsert secara langsung, saluran pengeluar kandungan tempatan dan antarabangsa.
Semua ini boleh didapati pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui pelbagai jenis peranti.
“Tidak hanya filem, drama bersiri dan sebagainya, PLAY membolehkan pendengar menikmati senarai muzik dan podcast tempatan dengan memasangkan ke mana-mana peranti.
“Istimewanya, PLAY menampilkan pelbagai saluran berita tempatan dan antarabangsa, termasuk siaran langsung saluran sukan seperti bola sepak, perlumbaan kuda, games dan banyak lagi.
“Sehingga kini, pengguna PLAY boleh menonton drama K-Pop dan Asia yang menyediakan lebih 8,000 jam tontonan dengan pelbagai drama dan filem menarik,” katanya.
Malah memetik Berita Harian, PLAY turut memberi manfaat buat pengeluar kandungan bagi menjana pendapatan dengan menawarkan kandungan percuma untuk ditonton, bayar setiap kali menonton dan koleksi yang ditonton.
“PLAY dibina untuk produser kandungan sebab kami mempunyai elemen seperti panggung wayang. Kita sedia tahu karya tempatan perlu bersaing dengan filem antarabangsa untuk satu tempoh tayangan. Disebabkan itu, kebanyakan produser beralih kepada pawagam di rumah.
“Sekiranya produser mempunyai karya, mereka boleh menayangkannya menerusi PLAY.
“Caj seperti panggung wayang dikenakan, tetapi tayangannya diberi tempoh selama setahun. Ini adalah inisiatif PLAY untuk memberi manfaat kepada produser.
“Selain itu, kami memperkenalkan sistem PLAY Tiket iaitu konsep baharu yang membolehkan penonton membayar setiap kandungan seolah-olah membeli tiket di panggung wayang,” katanya.
Lebih menarik, PLAY membina platform Popcorn kerana mahu menyokong pengeluar kandungan tempatan dengan menawarkan tingkap digital ke dunia global. PLAY sudah memiliki 16 rakan strategi platform digital pelbagai pilihan di seluruh dunia.
Menerusi platfom Popcorn, katanya, ia boleh mempamerkan pelbagai budaya, bahasa, warisan, seni dan hiburan di Malaysia tanpa perlu membayar kos yang tinggi untuk memiliki platform atau saluran sendiri.
Saraleana berkata, usaha berkenaan dilakukan bagi mengembangkan kandungan tempatan ke peringkat global. PLAY boleh dijadikan landasan untuk mengangkat karya tempatan ke luar negara.
“Dunia tanpa sempadan melalui platform digital. Mengapa kita sebagai rakyat Malaysia harus ketinggalan zaman dan hanya bergantung pada platform digital antarabangsa?
“Sebagai penyiar tempatan, kita harus berkembang dan menyesuaikan diri dengan trend global ke arah digital. Inilah sebabnya kami memajukan PLAY.
“PLAY akan mempamerkan dan mengembangkan kandungan Malaysia ke seluruh dunia. Ia disesuaikan dengan keperluan digital yang semakin meningkat.
“Amat bermanfaat bagi pengguna dan pengeluar kandungan mempunyai platform alternatif untuk menikmati kandungan dan menjana pendapatan pada peringkat antarabangsa.
“Kami mahu menjadikan PLAY sebagai platform glokal untuk mempamerkan kandungan Malaysia dan Asia ke seluruh dunia. Kisah budaya dan warisan lebih baik diceritakan oleh kita sendiri,” katanya lagi.
Meski PLAY turut menawarkan pengguna pelbagai kandungan antarabangsa, Saraleana menjelaskan, platform itu lebih fokus kepada kandungan tempatan dan Asia, selaras dengan usaha mengangkat karya tempatan.
Justeru, katanya, bagi menggalakkan orang ramai merasai pengalaman berhibur di hujung jari, PLAY memberi pengguna akses percuma selama tiga bulan, sejak awal bulan ini.
“Selepas tiga bulan, pengguna perlu melanggan dengan hanya bayaran RM5 sebulan untuk mengakses semua kandungan termasuk kandungan premium terpilih. Kandungan premium lain tertakluk kepada pilihan pengguna untuk melanggan dan menikmati.
“PLAY bukan sahaja platform penyiaran, malah ia adalah penyiaran OTT tele-virtual digital yang memberikan pengalaman hiburan tanpa henti dengan harga berpatutan.
“Pendaftaran PLAY semudah pengisian borang digital menerusi aplikasi berkenaan dan seterusnya, membuat pilihan tiket dan pelan yang disukai,” katanya yang turut mendasarkan lebih 100,000 pengguna dalam tempoh enam bulan akan datang.
Lalu, PLAY diharap dapat menarik orang ramai menggunakan penyiaran digital tele-virtual dalam satu platform.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan usahawan, Neelofa menyatakan rasa terharu apabila masih menerima banyak tawaran untuk mengendalikan program televisyen meski tampil dengan imej berniqab.
Jelasnya, dia tidak menyangka penampilan terkininya itu mendapat respon naik stesen TV.
Bagaimanapun, bintang berusia 31 tahun itu memilih untuk menimbangkannya kerana tidak mahu muncul di kaca TV tanpa pengisian kukuh.
“Banyak tawaran yang saya terima untuk mengendalikan program TV. Saya terkejut kerana wanita berniqab seperti saya ditawarkan mengendalikan program untuk stesen premium pada waktu perdana.
“Sepatutnya, komitmen saya pada November dan Disember lalu. Namun, keadaan tidak mengizinkan kerana ada beberapa perkara perlu diselesaikan,” katanya menerusi Berita Harian.
Pada masa sama, bekas hos MeleTOP itu menambah, dia ingin menimba ilmu pengetahuan dahulu.
“Jika bersedia menerima tawaran itu, saya tidak mahu pergi kosong.
“Sebaliknya, biarlah saya fokus kepada pengisian dan menimba ilmu terlebih dulu,” katanya.
Ditanya mengenai pembabitannya dalam dunia hiburan pula, Neelofa menjelaskan, buat sementara waktu, dia mahu menghentikan aktiviti seni dan tidak terfikir untuk kembali berlakon.
Foto: Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Siti Sarah Raisuddin mengakui kesilapan yang dilakukan bersama suami, Shuib Sepahtu yang telah didenda kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) di sebuah premis restoran, Jumaat lalu.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Manes itu menyifatkan ia adalah sebagai antara dugaannya dalam perjalanan ke Kelantan untuk melancarkan pembukaan kedai minuman dan pemanis mulut milik suaminya itu.
Malah, apa yang berlaku turut dianggap sebagai satu pengajaran.
“Kami decide makan kat restoran tepi jalan lepas dah uruskan banyak hal. Kami decide makan di Lipis, Pahang.
“Sekali lagi kami diduga. Kami mohon maaf. Ini pengajaran untuk kami dan diharap menjadi pengajaran untuk orang lain agar sentiasa ikut SOP,” tulisnya.
Menerusi laporan media sebelum ini, pasangan selebriti yang juga usahawan itu dikenakan kompaun kerana didapati duduk di sebuah meja melebihi dua orang serta tiada penjarakan fizikal di premis terbabit.
Lalu, Sarah ada berkongsi mengenai hal tersebut di akaun Instagram.
“Banyak dugaan sebelum kami sampai ke Kelantan ni untuk pembukaan @bubblebeemalaysia_hq di Kubang Kerian dan Kota Bharu. 12 jam perjalanan.
“Bukan untuk datang bercuti, sebaliknya kami ke Kelantan dah dapat kebenaran rentas negeri untuk menguruskan pelancaran dua baby baru @bubblebeemalaysia_hq
“Mulanya, staf @bubblebeemalaysia_hq terlibat dalam kemalangan. Kereta mereka terbabas naik ke atas bukit akibat jalan licin.
“Berderau darah Sarah bila dapat berita terbabit, Alhamdulillah syukur sgt kerana hanya kereta je yang rosak, mereka tak alami kecederaan serius.
“Akhirnya, tadi dah selesai pelancaran dua outlet @bubblebeemalaysia_hq di Kubang Kerian dan Kota Bharu,” ceritanya.
Meski menempuh pelbagai dugaan, namun Sarah memberitahu ia tidak mematahkan semangat mereka.
“Dugaan memang banyak tapi semuanya tak patahkan semangat kami. Apa yang penting, kami jadikan ia sebagai pengajaran dan sama-sama kita ikut semua saranan kerajaan okay?,” tulisnya lagi.
Rumah tangga pelawak dan personaliti televisyen Indonesia, Boiyen, dilaporkan berdepan episod perpisahan apabila beliau memfailkan cerai terhadap suaminya, Rully Anggi Akbar, selepas hanya kira-kira...