“Semoga pertunangan ini menjadi asas kepada sebuah kehidupan yang penuh dengan gelak tawa, kenangan yang tidak berkesudahan, dan hubungan yang paling mendalam.
Ads
“Ini untuk masa depan yang secerah dan secantik cinta kita untuk satu sama lain,” coretnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti tumpang gembira dengan pengumuman yang dikongsikan sekaligus menitipkan doa serta ucapan tahniah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Persembahan di luar kotak yang dibawa bintang Indonesia, Dyrga Dadali pada saingan minggu ketujuh Gegar Vaganza 11 (GV11) malam tadi, dipuji juri program berkenaan, Datuk Ramli MS.
Menurut Ramli, sebagai penyanyi asal Seberang, bukan mudah untuk Dyrga menyampaikan lagu dialek Kelantan, Dikir Rambong yang dipopularkan oleh kumpulan Kapila.
“Daripada sembilan peserta yang bertanding semalam, saya lihat Dyrga menyerlah meskipun penyampaiannya kurang. Cuma dia ada ketekunan itu.
“Kita kena adil, memang (semalam) Liza Aziz sangat ke hadapan, tetapi kalau cakap pasal ketekunan, saya tengok benda tu ada pada Dyrga.
“Lagu yang dia bawa adalah lagu yang dia tak pernah nyanyikan pun. Kalau diamati, memang kita boleh dengar ‘bunyi’ Jawa dia itu pekat berbanding Kelantan.
“Saya tengok di pentas GV pun dia boleh tarik minat penonton dengan keseluruhan repertoir, bayangkan jika dia asah lagi nyanyi lagu ini, Dyrga boleh bawa jika dia adakan konsert di sini.
“Satu Malaysia boleh nyanyi bersama-sama dan itu adalah kelebihan dia,” katanya ketika ditemui sejurus konsert yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, pada Ahad.
Dyrga berada pada kedudukan kedua di belakang Liza Aziz iaitu dengan markah sebanyak 75.50 peratus.
Ramli pada masa sama turut memberikan kredit kepada kesemua peserta minggu ini yang disifatkan tidak sambil lewa dalam memastikan kelancaran persembahan masing-masing.
“Pujian harus diberi, tiada seorang daripada peserta yang tengok monitor. Mereka semua hafal lirik penuh untuk persembahan masing-masing. Apa sahaja, baik untuk lagu Hindustan, Tamil, bahasa dialek negeri, itu yang sepatutnya.
“Pendek kata, memang mereka menyajikan persembahan yang berbeza daripada sesi latihan. Keputusan masing-masing ‘steady’ dan mereka buat tugasan yang sangat baharu menerusi lagu-lagu yang diberikan.
“Bayangkan mereka belajar dalam masa enam hari dan itu adalah keputusan yang diraih, saya sangat gembira. Walau pun saya tahu ada lagu yang tak kena dengan jiwa mereka, tetapi saya sangat hargai usaha semua,” katanya lagi.
Terdahulu, pentas GV11 malam tadi menyaksikan tiada penyingkiran peserta dilakukan, sekali gus memberi peluang kepada semua bintang mara ke minggu ke lapan, Ahad depan.
Sembilan peserta yang masih dalam saingan GV11 ialah Liza Aziz, Sheila Abdul, Dadali Dyrga, Ronnie Hussein, Ning Baizura, Fairuz Selamat, Zehra Zambri, Arrora Salwa dan The Lima.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kisah tragis bekas ahli kumpulan One Direction, Liam Payne, yang meninggal dunia pada 16 Oktober 2024, terus menjadi topik hangat dalam kalangan peminat dan industri hiburan.
Susulan kejadian tersebut, pihak mahkamah Argentina telah mendakwa lima individu atas kesalahan yang dikaitkan dengan kematiannya.
Tuduhan melibatkan tiga individu atas pertuduhan membunuh tanpa niat dan dua lagi atas kesalahan membekalkan bahan terlarang.
Mereka yang didakwa atas tuduhan membunuh tanpa niat adalah Rogelio “Roger” Nores, seorang ahli perniagaan yang juga rakan kepada Liam, Gilda Martin yang merupakan Pengurus Hotel dan Esteban Grassi yang merupakan Penyambut Tetamu Hotel.
Manakala Ezequiel Pereyra dan Braian Paize yang merupakan pekerja hotel menghadapi tuduhan membekalkan dadah kepada Payne sebelum kematiannya.
Jika didapati bersalah, Gilda, Esteban dan Rogelio boleh dikenakan hukuman penjara antara satu hingga lima tahun. Manakala, Ezequiel dan Braian pula berdepan hukuman lebih berat, iaitu penjara antara empat hingga 15 tahun.
Imbas kembali, bintang berusia 31 tahun itu meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan hotel yang didiaminya di Buenos Aires, Argentina.
Laporan autopsi mendedahkan bahawa badan Liam mempunyai kandungan alkohol, kokain, dan ubat antidepresan semasa kejadian.
Penemuan ini menimbulkan spekulasi bahawa faktor-faktor tersebut mungkin menyumbang kepada keadaan mental dan fizikalnya sebelum insiden berlaku.
Jasad Liam disemadikan di sebuah tanah perkuburan di Amersham, Buckinghamshire dekat London pada 20 November 2024, kira-kira sebulan lebih selepas kematiannya.
Sebagai tanda penghargaan, penyanyi Ernie Zakri sudi untuk menaja perkhidmatan jurusolek buat seorang peminat wanita yang akan hadir ke Konsert Aura, Sabtu ini.
Menurut Ernie, wanita tersebut sudah meminatinya sejak 10 tahun yang lalu tetapi belum berkesempatan untuk bertemu kerana dia tinggal agak jauh.
“Peminat tersebut memaklumkan dia sudah meminati saya sejak 10 tahun yang lepas tapi kami tidak pernah berjumpa. Ada sesetengah peminat yang memang saya kenal wajahnya tapi bukan wanita tersebut.
“Sebelum ini, dia tinggal agak jauh iaitu di Sarawak. Jadi, bila saya menonton videonya di media sosial yang menangis-nangis ketika perang membeli tiket, ia membuatkan saya terharu.
“Saya memikirkan bukan dia seorang sahaja yang sebegitu. Mungkin ramai lagi peminat yang menghargai Ernie Zakri. Jadi, itu adalah tanda terima kasih saya kepada peminat tersebut,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Ku Bersuara itu berkata sedemikian ketika ditemui di sesi latihan studio Konsert Aura yang berlangsung di Shoreline Space, Kuala Lumpur pada Isnin.
Kata Ernie lagi, dia tersentuh selepas menonton video peminat tersebut yang tular di media sosial kerana membeli baju baharu untuk hadir ke konsert.
“Kalau boleh, saya memang nak memberikan sesuatu yang istimewa buat mereka yang membeli tiket saya. Namun, saya menaja peminat tersebut sebagai tanda terima kasih kerana dia memang sudah lama meminati saya.
“Di media sosial, peminat tersebut maklumkan dia sudah membeli baju untuk ke konsert. Kemudian, dia bertanya, perlukah dia menggunakan khidmat jurusolek.
“Saya rasa perlu kerana bajunya sangat cantik. Jadi, saya minta team saya untuk menghubunginya dan uruskan hal tersebut. Ia juga sebagai tanda penghargaan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi Syamel ini juga tersentuh dengan sikap peminat tersebut yang amat menghormati waktunya bersama keluarga.
“Katanya, dia pernah terserempak dengan saya tapi dia tak nak tegur kerana ketika itu, saya sedang bersama keluarga. Jadi, saya merasakan perkara tersebut sangat besar kerana dia menghormati saya.
“Cuba anda bayangkan bila kita minat seseorang artis itu dan dia sudah berada di depan mata, tapi kita tak nak tegur kerana dia sedang bersama keluarga.
“Jadi, saya merasakan dia seorang peminat yang istimewa di hati saya,” katanya.
Berbaki beberapa hari sahaja lagi menjelang Konsert Aura yang akan berlangsung di Plenary Hall, Kuala Lumpur, Ernie akui agak sebak bila mengenang kembali perjalanannya sepanjang bergelar anak seni.
“Sejujurnya dalam masa seminggu ini, perasaan saya sangat bercampur baur. Bila kita buat konsert ini, ia sangat peribadi buat saya kerana ia juga merupakan sebuah kejayaan sepanjang perjalanan kerjaya saya.
“Bila kenang semula, rasa sedih dan terharu itu tetap ada. Kita sudah sampai ke tahap ini dan ini masanya untuk memberi semula kepada peminat yang bertungkus lumus menyokong saya selama ini.
“Saya akan cuba sehabis baik dan termampu. Semoga konsert tersebut bakal menjadi malam yang akan mereka ingat sampai bila-bila. Ada banyak momen dan kejutan yang ingin saya kongsikan,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...