“Hari Ini I, Anak-Anak Sambut Birthday You Dekat Rumah Baru You,” – Shuib Sekeluarga Lawat Pusara Siti Sarah, Doa Moga Allah Satukan Di Syurga

Share

Pelawak dan usahawan, Shuib menziarahi pusara isterinya, Allahyarham Siti Sarah sebagai mengenang ulang tahun kelahiran arwah yang ke-37, hari ini.

Menerusi video IG TV yang dikongsikan Shuib, tiga anak mereka turut sama hadir bagi berdoa serta sedekahkan al-Fatihah buat ibu yang telah pergi mengadap Illahi.

“Selamat Ulang Tahun kelahiran yg ke-37 Sayang. Harini I dgn Anak2 sambut Birthday U dkt rumah baru U. InsyaAllah, walaupon berbeza keadaan, I tau u ade je dgn kitorang, RASA CINTA YG TETAP SAMA INSYAALLAH.

“Semoga Allah ampunkan segala dosa dan Allah letakkan U disyurga Tertinggi. InsyaAllah. SEMOGA ALLAH SATUKAN KITA SEMUA DI SYURGA. AMIN, AL-FATIHAH SITI SARAH BT RAISSUDDIN, 15 Sept 1984 – 09 Ogos 2021,” tulisnya.

Perkongsian yang sudah pun ditonton lebih 300,000 kali itu turut disusuli dengan komen rakan artis dan peminat.

IKLAN