Bekas isteri pemuzik, Ude Wahid iaitu Intan Liana Saleh berkongsi tips bahagia menerusi video yang dirakam di Instagramnya.
Kongsi ibu beranak dua ini juga, setiap individu perlu menyanyangi diri sendiri dan orang di sekeliling agar kehidupan akan lebih bahagia.
“Hari ini bonda nak cerita pasal love. Kalau kita nak gembira dan bahagia, kita kena sayang diri kita dan sayang orang sekeliling.
“Apabila kita sayang diri kita lebih, kita nampak dan hargai kelebihan yang ada dalam diri kita. Kita juga akan nampak diri kita special. Kita dapat kembangkan lagi potensi kita.
“Kalau kita sayang orang, orang akan sayang kita sebab inilah dipanggil ‘love attraction’. Kita juga perlu sayang persekitaran kita dan akan nampak setiap keistimewaan yang memberikan manfaat kepada diri kita sendiri,” ujarnya.
Lalu, perkongsian tersebut disetujui orang ramai yang telah memberikan komen pelbagai.
Untuk rekod, Intan dan Ude atau nama penuhnya Muhammad Radzi Abdul Wahid berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak, Arish Muqri dan Ariq Muqri.
Ads
Mereka bercerai pada 22 Mac 2018 dengan talak satu.
Ude kemudian berkahwin dengan pelakon Izreen Azminda pada 8 Ogos 2017 di Damansara, Petaling Jaya secara tertutup.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim, 2 bulan.
Perjalanan sejauh empat jam dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke Cebu, Filipina, Mark Adam membawa kejutan istimewa apabila membawa televisyen 65 inci semata-mata mahu menggembirakan hati si ibu.
“Perjalanan Sebuah TV”. Pembawak: @ezzpowers. Pangarah: Saya. Thank u @airasia. Syukur Alhamdulillah,” kongsinya.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.