“Hari Ini Bermula Sekali Lagi Percubaan Berhenti Merokok Sebab…,” – Michael Ang

Share

Pengarah dan penerbit, Michael Ang ada berkongsi satu rakaman video menerusi akaun Instagram miliknya.

Pengarah yang mulai menceburkan diri dalam dunia lakonan itu bercerita mengenai rokok dan rokok elektronik atau ‘Vape’ bersama peminat.

Menurut pengarah yang berusia 43 tahun itu, dia ada mengambil insiatif berhenti merokok dengan mengunakan ‘Vape’.

“Salam semua. Ok hari ni bermula SEKALI LAGI PERCUBAAN BERHENTI MEROKOK! Ini semua sebab tgk satu documentary kat TV pasal rokok And vaping!

“Kalau nak cerita panjang sgt. WARNING- aku BUKAN suruh ORG YG TAK MEROKOK UNTUK START VAPE OK! Aku nak berhenti merokok tapi dengan vaping!

“So jgn jadi BODOH N cakap aku suruh org Vape! Anyway doakan kita akan berjaya! Luv u all!,” tulisnya.

Malah, peminat juga bersetuju dengan kata-kata yang dilontarkan oleh pengarah drama bersiri Suri Hati Mr.Pilot itu.

Video : Instagram Michael Ang

IKLAN