Hargai Kasih Sayang Orang Lain, Ini Luahan Mimie Haris – “Bila Dah Tak Ada Baru Kita Nak Teringat, Dah Tak Guna…”

Share

Pengacara, Mimie Haris ada memberi kata nasihat kepada pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.

Menerusi rakaman video berdurasi 15 saat itu, Mimie atau nama sebenarnya Norshamimi Ahmad Haris menasihati untuk sentiasa menghargai kasih sayang yang telah dicurahkan oleh orang lain.

“Kalau kita ada orang yang sayangkan kita, hargai lah orang tu sebelum orang tu tak ada sebab nanti bila dia dah tak ada baru kita nak teringat, dah tak guna dah,” katanya.

Dalam pada itu, Mimie berpendapat meski nilai kasih sayang dan sikap menghargai antara satu sama lain sering diambil mudah namun ia amat sukar untuk dilakukan oleh semua orang,

“Setuju?.. Sayang dan hargai bunyinya mudah tapi sukar,” tulisnya lagi di ruangn kapsyen.

Dalam pada itu, rata-rata warganet meluahkan rasa setuju dengan perkongsian pengacara berusia 31 tahun itu.

“Betul² , sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna,” nasihat seorang netizen.

“Setuju sgt2,” tulis lagi seorang warganet di ruangan komen entri berkenaan.

“Couldnt agree more….,” tulis netizen.

Terdahulu, Mimie pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan, Nizam Mohammad Ibrahim pada 23 Disember 2015 bagaimanapun pasangan ini bercerai pada Ogos 2016.

Selepas itu, Mimie mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama seorang juruterbang yang dikenali sebagai Amir 3 Februari 2020.

Foto: Instagram Mimie Haris

IKLAN