“Harga Nak Bok Keluaq Anak Sama Dengan Beli Motor Sebiji,” – Syatilla Melvin Dedah Kos Bersalin

Share

Pelakon Syatilla Melvin mendedahkan dia tidak menjalani proses berpantang seperti kebiasaan dilakukan ibu-ibu selepas bersalin.

Selamat melahirkan cahaya mata ketiga, Salama Samheizy Shaheizy Sam pada 9 Mei lalu, Syatilla berkongsi perkara itu menerusi ruangan Ask Me A Question di Instagram.

Menjawab pertanyaan salah seorang pengikutnya, iaitu “Apa yang Tilla suka tentang berpantang?” Syatilla menjawab;

“Suka semua sebab saya tak pantang langsung,” tulisnya.

Dalam pada masa sama, seorang pengikut lain turut memberitahu yang dia pernah terserempak dengan isteri kepada aktor Shaheizy Sam itu baru-baru ini di sebuah kedai barangan keperluan di Melaka.

Malah, Syatilla juga berkongsi, kos bersalin anak ketiga di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur mencecah harga sama seperti harga jualan sebuah motorsikal.

“Harga nak bok keluaq anak sama dengan beli motor sebiji,” tulis Syatilla.

Sekadar informasi, Syatilla atau nama sebenar, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 31, mendirikan rumah tangga dengan Shaheizy Sam, 40, pada 8 Februari 2016.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Syeriv Samheizy, 5, Sarima Samheizy, 2, dan Salama Samheizy.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Syatilla Melvin

IKLAN