“Harap Lepas Ni Takde Soalan Ni Lagi Okay,” – Intan Najuwa & Bekas Tunang Dah Lama Buat Hal Masing-Masing

Share

Pelakon, Intan Najuwa menerusi satu status di Insta Story ada memberikan jawapan terhadap satu pertanyaan warganet melalui aplikasi Ask Me Question, pada Isnin.

Pemilik nama lengkap Intan Najuwa Abdul Wahid itu ditanya berkaitan bekas tunang yang juga ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli.

“Mana tunang you? Lama tak nampak dah hehe,” tanya individu tersebut.

Intan kemudian membalas dengan menjelaskan dia dan bekas tunangnya itu sudah gembira menjalani kehidupan masing-masing.

“Alamak… ada lagi soalan ini. Kami berdua dah lama buat hal masing-masing. Dia dah gembira dengan kehidupan dia. Saya pun dah gembira dengan kehidupan saya. Harap selepas ini tak ada soalan ini lagi okay,” jawab Intan.

Terdahulu pada Februari 2020, pelakon berusia 24 tahun itu dilaporkan berpisah dengan Razrul.

Bagaimanapun beberapa bulan selepas itu, status mereka kembali diperkatakan apabila Intan berkongsi foto yang memperlihatkan separuh badan seorang lelaki dipercayai ahli perniagaan tersebut.

Intan kemudian  mengakui lelaki dalam foto tersebut ialah Razrul dan memberitahu hubungan mereka masih baik meski sudah berpisah.

Intan dan Razrul mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos 2018 di Hotel Thistle, Johor Bahru sempena ulang tahun kelahiran pelakon itu yang ke-22.

Dalam perkembangan lain, Intan bakal muncul menerusi drama bersiri, Tak Sempurna Mencintaimu di samping Redza Rosli.

Foto: Instagram Intan Najuwa

IKLAN