“Harap-Harap Dapat Girl,” – Baby Bump Sudah Jelas Kelihatan, Mawar Rashid Akui Tak Sabar ‘Jumpa’ Ahli Keluarga Baru

Share

Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid beberapa hari lalu ada berkongsi perkembangan hamil anak keduanya di Instagram.

Sambil menunjukkan ‘baby bump’ yang sudah pun jelas kelihatan, bekas finalis Dewi Remaja 2015 itu mengakui tidak sabar untuk bertemu dengan ahli keluarga barunnya itu.

“Kecik lagi baby bump. Hehe. Mommy x sabar nak jumpe baby @mawarafjunior,” tulis pemilik nama lengkap Wan Mawar Shaputri  Wan Abdul Rashid ini ringkas.

Serentak dengan perkongsian tersebut, para peminat menitipkan doa buat Mawar selain memuji penampilan isteri kepada Raf Yaakob ini.

Malah ada di antara komen yang diberikan mendapat respon Mawar.

Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran Rafael pada 13 Mac 2019.

Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan dan Raysaa hasil perkahwinan suaminya kini bersama bekas isteri.

Foto: Instagram Mawar Rashid

IKLAN