Baru-baru ini kumpulan Akim & The Majistret melancarkan muzik video (MV) terbaru mereka untuk lagu berjudul ‘Stereotype’.
Apa yang menarik mengenai MV tersebut adalah ia dikatakan mempunyai sedikit elemen kpop di dalamnya, MH juga difahamkan bahawa MV itu juga dijalankan penggambaran di Pulau Jeju, Korea Selatan.
Melalui pemerhatian MH, sememangnya ada terselit unsur kpop di dalam MV tersebut menerusi penggunaan warna-warna terang serta prop disekelilingnya.
Kepada peminat kpop, sekali tengok seperti menyerupai MV kumpulan EXO bertajuk ‘Lotto’ tapi pada MH ia masih mengekalkan style Akim & The Majistret.
Sementara itu, vokalis kumpulan tersebut, Akim berkata bahawa dia mendapat inspirasi daripada muzik kpop untuk MV terbaru mereka itu.
“Kami ingin memberi kelainan dalam muzik video terbaharu untuk kali ini kerana ia telah dirakamkan di Pulau Jeju, Korea pada Januari lalu.
“Muzik video itu memaparkan gaya bersahaja kesemua ahli kumpulan kami dan secara tidak langsung pengaruh element muzik dari sana turut dimasukkan dalam muzik video ini.
“Pengaruh muzik K-Pop berjaya menjadi fenomena bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia jadi tidak salah untuk kami menyelitkan unsur itu dalam muzik video Stereotype.
“Kami berharap agar dengan kelainan yang dilakukan ini dapat menarik peminat K-pop untuk meminati band kami pula selepas ini,” katanya kepada Asto Gempak.
Katanya lagi, dia juga sedia menerima kecaman orang ramai kerana tampil dengan MV sedemikian.
Namun, melalui pemerhatian MH, rata-rata netizen memberikan respon positif mengenai MV tersebut mengatakan bahawa ia unik dan versatil.
MH sendiri rasa terhibur melihat gelagat dan aksi Akim & The Majistret dalam MV tersebut. Apa-apapun, syabas MH ucapkan pada mereka.
Sumber: Astro Gempak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI