“Harap Dapat Balik IG Asal,” – Hilang Ribuan Gambar, Akaun Instagram Ramona ZamZam Khabarnya Digodam Lelaki Turki!

Share

Pelakon, Ramona Zam-Zam telah kehilangan ribuan gambar di akaun Instagrammya miliknya baru-baru ini.

Difahamkan, perkara itu terjadi apabila aplikasi media sosial Ramona itu dikatakan telah digodam seorang lelaki dipercayai dari Turkey. 

Malah, lelaki berkenaan juga telah menutup ruangan komen bagi setiap gambar.

Bagaimanapun, bekas peserta Dewi Remaja 2009/10 itu telah membuka akaun baru yang kini memiliki hampir 2,000 pengikut. 

Menerusi Instagram  Storiesnya pula, Ramona kelihatan tenang dan reda akan perkara yang berlaku. 

“Hello hai gais, saya sedang menunggu feedback dari pihak Instagram berhubung perkara ini. Hopefully dpt balik IG yg asal. Sedihnya!!!,” kata Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam.

Terdahulu,perkara sedemikian pernah terjadi kepada selebriti lain seperti Aliff Aziz,Jihan Muse dan Janna Nick. 

IKLAN