Categories: Berita

“Harap Baby Keluar Masa Kita Punya Anniversary,”- Fasha Sandha Buat Kejutan Untuk Aidil Aziz, Kini Sah Hamil

Share

Pasangan sejoli Fasha Sandha dan Aidil Aziz telah berkongsi berita gembira bersama peminatnya.

Menerusi akaun Instagram Aidil, dia telah memaklumkan bahawa Fasha kini sah sudah hamil.

“Surat cinta daripada isteriku pagi tadi. Terima kasih isteri Due date doktor kira sepatutnya 2 Feb 2020, ni kes terlebih pening atau terlebih excited kot sampai salah tulis harap2 baby keluar masa kita punya anniversary dating 11 Feb #hadiahramadhan”tulisnya.

Lantas, rakan artis dan peminat turut teruja dengan perkongsian berita gembira oleh pasangan ini.

Di samping itu, peminat juga telah titipkan ucapan tahniah buat pasangan ini.

Terdahulu, Fasha telah mendirikan rumah tangga bersama Aidil pada 30 Mac yang lalu.

MH ingin mengucapkan tahniah kepada Fasha dan Aidil, semoga semua urusan dipermudahkan.

Foto : Instagram Aidil & Fasha

IKLAN