Sekeping foto menunjukkan dirinya seperti sedang menggigit kaki katak, pelakon Gambit Saifullah mendedahkan, rasa haiwan ini seolah-olah seperti ikan dan ayam.
Mengakui ini kali pertama dia ‘merasai’ katak, namun pelakon tersebut tidak pula menyatakan lokasi dan masa kejadian ini dirakam.
“Always a first time.#frog. Taste like fish. Only like chicken,” tulisnya.
Sebelum ini, para peminat mungkin sudah ada mengetahui salah seorang program Mingguan Wanita, Siti Elizad pernah menjalani pembedahan bagi membuang cyst sebanyak dua kali.
Pembedahan kali pertama telah dilakukannya kira-kira 4 tahun lalu dan yang terbaru, tahun lalu.
Lalu, menyedari akan kepentingan menjaga kesihatan, bintang berkenaan tampil berkongsi pengalaman menerusi talkshow Tanya Dr Imelda pada 1 Ogos depan.
Program tersebut bersiaran di saluran Astro Prima 105 dan Astro Prima hd 121 dan topik yang dibincangkan kali ini bertajuk Fibroid Berbeza Dari Cysts.
Menetik sebahagian dari perkongsian tersebut, Siti Elizad menjelaskan pada mulanya dia tidak tahu mempunyai cyst.
“Sebenarnya saya tidak tahu ada cysts, Saya ingatkan perut saya bloated atau buncit. Jadi saya tidak ambil tahu. Rasa bloated itu saya alami selama lebih kurang 2 bulan sebabnyacyst saya itu jenis aktif dan mengembang dengan cepat.
”Cyst yang dibuang pada pembedahan pertama seberat 4 kg. Manakala cyst yang dibuang pada pembedahan kedua sebesar 7cm.
”Pertama kali cyst itu dibuang saya tidak rasa apa-apa kerana hidup dalam keluarga yang sering melakukan pembedahan. Tetapi masa cyst sebesar bola itu dikeluarkan, mereka (doktor) mengatakan sebelah ovari saya sudah tidak ada kerana ia tertarik sekali semasa pembedahan dilakukan,” katanya seperti yang dipetik Mingguan Wanita.
Lalu, pembedahan membuang cyst dan kehilangan satu ovari secara langsung membuatkan dirinya ‘down’ lebih 6 bulan.
“Saya takut. Sedangkan wanita ada dua ovari pun sukar dapat anak. Inikan saya yang tinggal hanya satu ovari. Jadi sehingga sekarang saya masih lagi buat pemeriksaan susulan. Saya sebagai wanita dalam fikiran saya tidak ada apa-apa melainkan mahu mendapatkan anak.
”Oleh itu sehingga kini saya masih lagi buat check-up untuk melihat sama ada cyst saya itu tumbuh dengan cepat atau aktif,” jelasnya yang turut berpesan mengenai kepentingan dalam menjaga kesihatan.
“Sekarang ini ada macam-macam penyakit. Setiap tahun saya nasihatkan wanita agar jangan lupa untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Jangan takut untuk melakukannya.
”Jika ada cyst dan ia masih kecil, kita (wanita) tidak perlu melakukan pembedahan besar. Doktor mungkin akan tembak sahaja untuk buatkan cecair atau gumpalan darah itu pecah. Jangan tunggu sampai besar.
”Pada wanita di luar sana, jangan takut untuk berjumpa dengan doktor terutamanya Pakar Sakit Puan,” pinta Elizad.
Usahawan dan instafamous Hafiz Mahamad bersama isterinya Syafiqah Aaina telah meraikan majlis akikah anak sulungnya,Raisya Arisa.
Momen indah itu dikongsikan Hafiz di Instagramnya.
“Done Majlis Aqiqah untuk Puteri Sulung saya yang cantik, pandai, kaya & solehah ni @raisyaarisa
“Alhamdulilah isteriku, after 7 years. Tak sangka kita dijodohkan bersama & dihadiahkan Raisya. Dulu mampu berangan satu hari nanti kita kahwin & ada anak perempuan
“Harini, Ya Allah. Segala imaginasi & mimpi tu jadi kenyataan. Kita usahakan untuk Raisya Kejayaan, Kebahagiaan & Kekayaan dunia akhirat ya,” tulisnya.
Pendakwah, Ebit Lew baru-baru ini ada terserempak dengan seorang aktivis dan pesara tentera, Abdul Rani Kulup Abdullah atau mesra disapa Ayahanda di sebuah R&R Pagoh, Johor.
Dalam pertemuan itu, Ebit sempat memuji sifat penyayang Ayahnda terhadap isterinya yang menyuap seulas durian ke dalam mulutnya.
“Terkesan adab dan budi bahasanya baik sangat. Tadi nampak Paduka Ayahanda Rani Kulup yang baik.
“Sedang suap menyuap bersama isterinya. Mesra betul orangnya. Baik sangat. Syukur pada Allah.
“Beliau bangun tegur saya. Excited jumpa. Terkejut Ayahrani kena suap. Terus ayah nak suap saya juga. Kami berpelukan. Bila dengar Allah sayang. Pun rasa sama-sama sebak. Semoga Allah terima jadi asbab hidayah,” kongsi Ebit sambil disertakan video berdurasi satu minit.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...