Kami kagum dengan semangat dan cita-cita murni penyanyi remaja, Haqiem Rusli yang sudah pun merancang untuk membawa ke dua ibu bapanya untuk menunaikan umrah secepat mungkin. Mengakui masih lagi mengumpul duit untuk melunaskan impiannya itu, pemilik nama lengkap Ridzuan Haqiem Rusli ini bagaimanapun tegar untuk menjadikan impiannya satu kenyataan satu hari nanti.

Haqiem membuat pendedahan tersebut selepas diajukan persoalan, apakah yang menjadi impian terbesarnya ketika ini.

IKLAN

“Saya rancang untuk bawa Mak dan Abah buat umrah. Itulah target saya. Masa belum tahu lagi sebab tengah kumpul duit untuk bawa mereka ke sana. Tapi kalau boleh biarlah secepat mungkin. Sebelum ini pun, saya hanya keluarkan duit untuk perbaiki bilik dan kereta saja. Jadi pada masa sekarang, biarlah saya kumpul rezeki untuk bawa mereka ke Mekah pula,” katanya jujur kepada MH selepas ditemui di sidang media Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) di Hotel JW Marriot baru-baru ini.

Berkongsi mengenai persiapannya ke pentas final AJL32 Februari nanti pula, penyanyi berusia 20 itu cuba melakukan yang terbaik meski mengetahui saingannya hebat hebat belaka.

IKLAN

“Saya ada kaji setiap lagu bertanding dan setiap satunya ada keunikan tersendiri. Saya tidaklah meletakkan harapan besar untuk menang. Sudah memadai kalau saya sudah lakukan yang terbaik. Asal saya, ibu bapa dan syarikat rakaman berpuas hati, bagi saya itu pun sudah okay,” luah Haqiem yang sudah menolak beberapa persembahan pentas bagi memberi fokus penuh terhadap anugerah muzik tahun berskala mega itu.

Dalam perkembangan lain, Haqiem yang sebelum ini pernah membuat pengakuan sudah dua tahun solo tanpa kekasih turut menjelaskan, pada fasa sekarang fokusnya hanyalah pada keluarga dan seni.

IKLAN

“Soal teman hidup tu biarlah dulu. Saya pernah kena tinggal sebelum ini jadi bukan mudah untuk saya suka orang. Mak pula lagi suka kalau saya beri fokus pada kerjaya dahulu. Soal jodoh itu Tuhan tentukan,” akhiri Haqiem yang kini popular menerusi single, Jatuh Bangun.

https://www.youtube.com/watch?v=ERLodDs64ic

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI