Penyanyi, Haqiem Rusli mengakui pernah takut untuj keluar rumah apabila menyedari ramai yang tidak suka kepadanya berikutan kontroversi yang melanda baru-baru ini.

Berkata kepada MH, dia enggan keluar kerana gusar terhadap penerimaan serta reaksi orang ramai terhadap dirinya.

“Selepas kes depression dulu, saya memang takut nak keluar rumah. Mana tahu ada kot kena baling telur ke kan.

 

“Masa itu ada satu showcase saya memang risau, tapi pergi jelah.

 

“Suprisingly, fans saya datang ramai siap bawa sepanduk, bagi kata-kata semangat kat saya,” katanya ketika ditemui di Era Briefing Session pada Rabu. 

Haqiem Rusli Dedah Pernah Takut Keluar Rumah Sebab…

IKLAN

Susulan itu, membuatkan penyanyi lagu Tergantung Sepi itu sedar akan sesuatu.

IKLAN

“Saya lihat budaya benci- membenci ini hanya di media sosial sahaja.

 

“Keyboard warrior hanya berani di dalam media sosial, bila depan-depan, takde apa-apa,” kongsi Haqiem lagi.

Alahai, bertabahlah Haqiem…apa-apapun, tak usah dengar apa orang kata dan keep moving forward ya!

IKLAN

Foto/Instagram: Haqiem Rusli

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI