Tahniah buat pelantun lagu Tergantung Sepi, Haqiem Rusli yang telah berjaya merealisasikan impianya untuk memiliki sebuah kereta di usia yang muda.

Haqiem telah berjaya memiliki kereta sedan pertama yang diidamkan jenis Mitsubishi Lancer setelah setahun lebih bergelar seorang penyanyi.

Haqiem Rusli Beli Mitsubishi Lancer Cash

Wow, muda-muda dah guna kereta mewah dengan hasil usaha sendiri tanpa mengharapkan ibu bapa.

Malah, menurut Haqiem keretanya yang dibeli itu dibeli secara tunai dan menggunakan wang hasil titik peluh yang dikumpulnya sedikit demi sedikit.

IKLAN

“Alhamdulillah kereta ini dibeli hasil titik peluh saya sendiri dan dibayar secara tunai.

 

“Pada mulanya saya berhasrat untuk membeli kereta sedan jenis Honda City namun ibu saya menyarankan untuk membeli kereta jenis Mitsubishi Lancer,” katanya yang ditemui oleh sebuah portal online.

Dalam pada itu, Haqiem turut memuat naik perasaanya apabila telah memilik kereta pertama di laman Sosial Instagram miliknya.

IKLAN

“Kerja keras saya finally yay! saya dah ada kereta sendiri, tapi lesen belum ada.” Ujarnya

Ruangan komen di Instagram Haqiem juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial yang mengucapkan tahniah atas kerja keras penyanyi itu. Ada juga yang sempat berpesan kepada Haqiem supaya segera mengambil lesen kereta.

Haqiem Rusli Beli Mitsubishi Lancer Cash

IKLAN

Tambah Haqiem dia merancang untuk memulakan francais bisnes burger sendiri yang diberi nama Haqiem Burger.

“Saya memang seorang yang suka menabung dan merancang untuk membuka francais bisnes burger pada tahun depan.

Malah, Haqiem berkata dia banyak melihat ramai artis popular yang gagal menguruskan kewangan dengan baik, apabila sudah jatuh mereka hilang segalanya.

“Jadi, bisneslah yang mampu menjamin masa depan seseorang artis,” katanya yang merancang untuk membuka cawangan pertama di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Sumber : Astro Gempak, Instagram Haqiem Rusli

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI