“Happynya Dapat Berkumpul Ramai-Ramai,”- Safiey Illias Akui Suka Abai Famili Hampir 2 Tahun, Kini Berbuka Puasa Bersama!

Share

Bersempena dengan bulan Ramadan yang sudah memasuki minggu kedua ini, usahawan Safiey Illias berkesempatan berbuka puasa bersama keluarga  di kampung halaman, Pahang.

Selain itu, hari ini juga merupakan ulang tahun hari jadi Safiey atau mesra disapa Syinta yang ke-25 tahun.

“Mcm ni lah bila berkumpul ramai2 adik beradik . Nasib buntat tak ada kalau tak laju syinta menyakat . .

“Alhamdulillah malam ni syinta genap 25 tahun . 19/5/1994 tahun lahir syinta 

“Happynya dpt berkumpul ramai-ramai.. Dulu syinta suka abaikan keluarga . Hampir 2 tahun .

“Tp x apa , setiap org melakukan kesilapan , yg penting kita cepat sedar kesilapan kita,” tulis Safiey yang popular dengan lagu Syinta Gila.

Dalam pada itu, Safiey bersyukur diatas nikmat yang diberikan Allah kepadanya.

“Happy birthday to me yang ke 25 . Semoga segala apa yg syinta hajat dan impikan menjadi kenyataan . Amin amin . Terima kasih kepada yang wish birthday kepada syinta dan sentiasa doakan syinta,”tulisnya lagi.

Foto: IG Safiey Illias

IKLAN