Pemegang trofi Anugerah Artis Versatil Popular Anugerah Bintang Popular ke-29, Ifa Raziah baru-baru ini membuatkan netizen sebak apabila memberikan dedikasi istimewa buat arwah ibunya, Maimunah Ahmad yang meninggal dunia pada 2010 akibat komplikasi buah pinggang.

Menerusi posting yang dimuat naik penyanyi Ser Ser Ser ini di akaun Instagram miliknya pada 4 April alu, Ifa ada menitipkan kata dia terlalu merindui momen bersama arwah ibunya.

“Happy Birthday Mak…” – Dedikasi Istimewa Ifa Raziah Buat Arwah Ibu Buat Netizen ‘Touching’

Ads

“Happy Birthday Mak. Hari ini 4 April 2018. Rindu sangat pada mak. Nak peluk mak, nak cium mak, nak bau badan mak, nak dengar mak berleter, nak makan masakan mak, nak mak suapkan makanan dalam mulut, nak bawak mak pergi shopping, nak hadiahkan mak barang kemas, nak bawak mak pergi holiday, nak bawak mak pergi Mekah.

 

“Tapi semua itu hanya tinggal kenangan. Mak dah tiada lagi di dunia ini. Hanya doa dan restu mak yang masih tersemat di ingatan Ipah ini sampai bila-bila. Al-Fatihah buat roh mak semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.. Amin.. Love you and miss you mak,” tulis Ifa.

Kapsyen yang turut disertakan dengam gambar kenangan itu memberi ruang buat netizen untuk bersama-sama meluahkan rasa rindu terhadap kedua orang tua dan tidak kurang yang sebak dengan dedikasi yang dinukilkan Ifa.

Menyifatkan mereka yang masih mempunyai kedua orang tua sebagai individu paling bertuah, Ifa turut berkongsi dedikasi istimewanya kepada pembaca MH. Katanya, seorang ibu akan berbohong apabila nak menyuapkan anak-anaknya sampai kenyang sedangkan si ibu sedang kelaparan,” luah Ifa.

Ads

“Happy Birthday Mak…” – Dedikasi Istimewa Ifa Raziah Buat Arwah Ibu Buat Netizen ‘Touching’

Ads

Berikut merupakan titipan khas Ifa buat mereka yang bergelar ibu di Malaysia menerusi kiriman WhatsApps kepada MH;

“Seorang ibu akan berbohong apabila nak menyuapkan anak-anaknya makan sampai kenyang sedang ibu itu sendiri sedang kelaparan. Seorang ibu akan berbohong hidupnya senang dan bahagia sedangkan hidupnya didlm kesusahan dan kesempitan.

 

“Seorang Ibu akan berbohong mengatakan dia sihat dan boleh bekerja sedangkan ibu itu sedang dlm kesakitan dan menderita. Seorang Ibu akan berbohong apabila menitiskan air matanya sedangkan ibu itu kecewa dgn sikap anak-anaknya.

 

“Walaupun begitu seorang ibu akan sentiasa berdoa siang dan malam malah di dalam tidurnya pun ibu akan mendoakan semoga anak-anaknya menjadi anak soleh dan solehah dan berjaya dlm kehidupan.

 

“Seorang ibu boleh membesarkan anak-anaknyanya 10 orang, tapi mampukah kita sebagai anak boleh membela seorg ibu?” kongsi Ifa penuh emosi.

Foto: Intagram Ifa Raziah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI