‘Happy Birthday My Son, You Are My World’- Sweet Ucapan Hari Lahir Liam Payne Buat Anak

Alahai, comelnya ucapan hari lahir penyanyi, Liam Payne, 24 tahun terhadap anaknya, Bear yang memasuki usia 1 tahun hari ini.

Payne memuat naik satu foto di mana Bear memegang jarinya di Instagram, MH difahamkan gambar itu diambil ketika Bear masih baru beberapa hari dilahirkan.

“Tak sangka anak kecil saya berusia 1 tahun hari ini. Cepatnya masa berlalu. Selamat Hari Lahir anakku, kamulah duniaku,” tulisnya di kapsyen foto.

Gambar tersebut nyata mendapat perhatian peminat-peminatnya yang turut sama mengucapkan ‘selamat hari jadi’ kepada Bear.

IKLAN

Dalam pada itu, ibu Bear yang juga teman wanita Payne, Cheryl Cole, 34 tahun tidak memuat naik apa-apa mengenai ulang tahun kelahirannya anaknya itu.

Menurut laporan The Sun UK, Cole bengang apabila Payne dalam satu temubualnya mengakui bahawa hubungan mereka bermasalah.

“Cheryl sangat marah. Dia tidak suka cerita kepada umum mengenai hubungan peribadinya dan kalau ikutkan dirinya, dia tidak mahu Liam kata apa-apa pun kepada media,” kata sumber rapat Cheryl.

Sebelum ini, terdapat banyak khabar angin mengenai hubungan pasangan tersebut bermasalah apatah lagi dengan jarak umur 10 tahun mereka namun ‘rumour’ tersebut berjaya ditepis apabila mereka muncul bersama semasa Anugerah Brit baru-baru ini.

IKLAN

Media juga melaporkan bahawa pasangan itu pastinya akan berpisah jika bukan disebabkan anak mereka, Bear.

Dalam satu temu bual, Payne mengeluarkan kenyataan bahawa keadaan tidak selalu ‘baik dan okay’ antara dirinya dan juga Cole.

Selain itu, melalui pemerhatian MH, Payne juga kini banyak muat naik foto berkaitan kerja dan jarang bersama dengan Cole.

Sumber: IG Liam Payne & The Sun UK