“Happy Birthday My Raden,” – Bersemut Betul Majlis Kejutan Hari Lahir Mawar Rashid Buat Suami

Share

Pelakon, Mawar Rashid memuat naik foto-foto sambutan hari ulang tahun kelahiran suaminya, Raf Yaakob, di laman Instagramnya, hari ini.

Di ruangan kapsyen, kelihatan Mawar menjanjikan bahawa tahun hadapan sambutan hari lahir keluarga mereka akan lengkap dengan kehadiran ahli baru mereka.

“Little surprise for you. Insyaa’Allah next time, @raysaachanela and baby pun ada skali dalam gambar.

“Thank you much @surprise.dash @surprise.dash @surprise.dash @surprise.dash @surprise.dash sebab tolong decoratekan menepati cinta rasa Mawar untuk yang tercinta.

” Last year pun @surprise.dash,” tulisnya.

Dalam pada itu, kelihatan Mawar juga turut memuat naik beberapa foto bersama suami tercinta di laman Instagramnya itu.

Raf menyambut hari lahirnya yang ke-34 pada Rabu. Pasangan itu berkahwin pada November 2017 dan bakal menimang cahaya mata pertama Mac depan.

Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu, Raden Ahmad Rayyan, 8 tahun dan Raden Seri Raysaa Chanela, 4 tahun.

Foto/Instagram: Mawar Rashid

IKLAN