Pelakon kelahiran Malaysia yang kini mencipta nama di Hollywood, Henry Golding akhirnya berkongsi sekeping foto penih anaknya bersempena hari lahir isteri tercinta.
Menerusi laman sosial Instagram, Golding, 34, membuat satu dedikasi khas buat isterinya, Liv Lo Golding, 36, dengan ucapan ringkas penuh makna.
“Happy birthday baby mama,” tulisnya pada foto isteri yang sedang mendukung permata hati.
Ads
Meski masih belum mendedahkan nama anak perempuannya itu, namun para peminat dan sahabat handai turut tampil meninggalkan ucapan hari lahir serta kata-kata pujian terhadap wajah comel anaknya pada ruangan komen.
Ads
Terdahulu, pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan dikurniakan anak perempuan pada 31 Mac lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Suami kepada pelakon Sheera Iskandar iaitu Mohd Halim Abdul Gani, mendedahkan dia mula berkenalan dengan isterinya itu dengan menghantar mesej di Instagram sebagai kapasiti seorang peminat.
Menyingkap awal perkenalan mereka, Halim, 34, memetik Wacana mengakui, dia memberanikan untuk memulakan langkah pertama sebaik pertama kali bertentang mata di balai polis tempatnya bertugas di Labuan, Sabah.
“Gara-gara diejek oleh rakan-rakan kerana watak Halimah Jonggang kerana ia bersangkut paut dengan nama saya, perkara itu secara langsung menjadikan saya ingin tahu mengenai drama terbabit.
“Lama-kelamaan saya tersangkut pula dengan drama itu selepas teraju utamanya berubah wajah. Selepas drama itu, kebetulan saya menonton drama Si Capik yang turut menampilkan Sheera.
“Jadi dalam hati saya simpan impian, jika dapat berjumpa dengan Sheera suatu hari nanti, pastinya saya tidak melepaskan peluang itu,” katanya.
Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada kira-kira pukul 6 petang Isnin lalu dalam majlis serba sederhana yang berlangsung di Magica Events Hall, Quill City, Kuala Lumpur.
Halim pada masa sama turut menambah, dia bersyukur kerana proses perkenalan itu dipermudahkan.
“Sudah lama sebenarnya saya mencari jodoh, cuma belum dipertemukan dengan yang insan istimewa itu. Alhamdulillah… pada saat bertentang mata dengan Sheera, segala urusan dipermudahkan.
“Selama 11 tahun saya berkhidmat di Labuan, jadi saya memohon untuk pulang kerana ingin mendirikan rumah tangga. Permohononan saya terus diluluskan dan kini berkhidmat di Kajang, Selangor,” katanya.
Sementara itu, Sheera atau nama sebenarnya, Tengku Shahira Ilani Tengku Iskandar, 36, pula menjelaskan, dia pada mulanya hanya melayan mesej yang dihantar suami dan menganggap dia meminati drama bersiri, Gerak Khas.
Sheera yang juga anak kepada pelakon veteran Aznah Hamid pernah berkahwin dengan Abdullah Harun, 36, pada Ogos 2015, dan bercerai pada hujung 2018.
Penerbit drama Gerak Khas, Datuk Yusof Haslam dan isteri Datin Fatimah Ismail serta pelakon, Abby Abadi dan Salina Saibi turut hadir meraikan pasangan raja sehari.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pelawak, Saiful Apek mengakui dia kini lebih peka terhadap soal penjagaan diri, lebih-lebih lagi ketika meniti usia separuh abad.
Menurut Apek, berat badannya juga sudah bertambah dan mengharapkan perubahan tersebut sebagai satu hal yang baik.
“Bukanlah nak kata dulu tak jaga, cuma pada usia sekarang saya cuba untuk kawal pemakanan yang diambil.
“Mungkin itu salah satu faktor kalau ada yang kata saya nampak makin berisi. Sebab kalau nak diikutkan, kami adik-beradik pun memang ‘slim-slim je’, ikut belah mak.
“Sebelum ini, lazimnya berat badan saya sekitar 50 kilogram sahaja. Tak turun tak naik. Sekarang dalam 65 kilogram macam tu.
“Harap jugalah, berat badan yang begini singal yang baik. Macam saya yang sudah masuk 52 tahun ini, alhamdulillah tak ada penyakit-penyakit kronik yang dialami setakat ini,” katanya kepada MH.
Ditanya sama ada perubahan fizikilnya itu sebagai tanda dirinya yang kian bahagia, Apek menjelaskan dia sendiri tiada jawapan mengenai perkara tersebut.
“Entahlah saya rasa daripada dulu saya bahagia saja. Macam mana saya nak cakap ya… Saya pun tak tahu apa faktor sebenar.
“Cuma sejak tahun 2014 saya mula berhenti merokok. Dulu tabiat merokok itu memanglah berat.
“Dulu sehari kadang-kadang boleh sampai dua kotak. Sudah tujuh tahun berhenti,” kata anggota kumpulan Senario ini lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon pelakon dan usahawan, Rafidah Ibrahim yang telah pun melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan yang juga bekas pengurusnya, Shahzemir Shahzulkarib, 37, jam 3.30 petang, semalam.
Pasangan yang sudah berkenalan lebih 10 tahun itu diijabkabulkan di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur dalam majlis sederhana yang hanya dihadiri keluarga terdekat kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Dia yang sinonim disapa Fida,35, menerusi Harian Metro berkata, dia bersyukur kerana impian untuk bergelar isteri dan bernikah dengan lelaki pilihan akhirnya menjadi kenyataan.
“Saya dan suami meminta maaf kerana tidak dapat menjemput semua ahli keluarga kami serta sahabat-sahabat berikutan situasi pandemik Covid-19 sekarang. Semuanya kena mengikut SOP dan tetamu pun terhad.
“Alhamdulillah, kami sangat bersyukur majlis akad nikah dapat dilaksanakan sebaiknya. Saya juga mohon doakan kebahagiaan kami yang mengikat ikatan perkahwinan pada bulan Ramadan ini.
“Semoga dengan doa-doa baik diberikan akan mendapat rahmat dan berkat Allah SWT,” katanya.
Menurut Fida, ia menjadi lebih bermakna apabila dapat mengenakan baju kebaya yang dijahit sendiri oleh Allahyarham ibunya.
“Walaupun arwah mak sudah meninggal dunia empat tahun lalu, tapi bagi saya dia tetap ada di majlis pernikahan ini.
“Saya tidak sangka akhirnya dapat juga tunaikan impian mak yang nak saya berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Selama hampir 20 tahun baju kebaya ini disimpan dengan rapi.
“Sebenarnya sudah lama juga saya nak berkahwin. Namun, ketentuan jodoh setiap orang itu ada yang cepat dan lambat.
“Bagaimanapun, alhamdulillah dapat juga saya pakai baju kebaya yang memang dijahit oleh arwah mak untuk majlis nikah saya,” katanya yang sebelum ini jarang berkongsi mengenai soal calon suami bagimenghormati permintaan keluarga.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh media sosial, Sally Whoo mengulas mengenai sikap segelintir pihak yang gemar mengecam dan mengkritik gaya solekan orang lain di media sosial.