Uncategorized

“Happy Birthday Lagenda!,”- Genap 56 Tahun, Ogy Ahmad Daud Kongsi Foto Ketika Umur 5 Tahun. Rare!

Share

Hari ini genaplah usia pelakon senior, Fauziah Dato’ Ahmad Daud atau mesra dengan panggilan Kak Ogy yang ke-56 tahun.

Popular dalam filem Ali Setan (1985), Kak Ogy telah berkongsi sekeping foto di Instgram ketika berusia 5 tahun.

“Ketika Usia 5 Tahun Pada 11/10
Tulisan Tangan Arwah Ayah Digambar
Rindu Kat Arwah Ayah & Arwah Mak,” tulisnya.

Menerusi gambar hitam-putih itu, Kak Ogy amat dikenali dalam kalangan selebriti yang pastinya tidak lekang dengan senyuman manisnya itu.

Susulan itu, netizen telah memberi ucapan tahniah sempena ulang tahun kelahirannya itu.

Apa-apa pun, MH ucapkan selamat ulang tahun buat Kak Ogy. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Foto : IG Kak Ogy

IKLAN