“Happy Bila Nak Pergi Beraya Sebab Baju 10 Tahun Lalu Masih Muat,”- Zahida Rafik

Share

Baru-baru ini, pelakon Zahida Rafik ada memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.

Menerusi gambar tersebut, Zahida ada berkongsi khabar gembira bersama peminat di akaun Instagram miliknya.

Kongsi pelakon yang berusia 47 tahun itu, dia kini masih lagi boleh memakai baju yang dipakai olehnya 10 tahun yang lalu.

“That happy mood bila nk pegi beraya dan baju 10 tahun you still muat,” tulisnya.

Dalam pada itu peminat juga berasa kagum apabila melihat tubuh badan bintang filem Mamu Jarum itu yang kekal kurus dan cantik.

Untuk rekod, Zahida merupakan artis berdarah kacukan Melayu-Pakistan dan telah dilahirkan pada 10 April 1975 di Kuala Lumpur.

Foto : Instagram Zahida Rafik

IKLAN