“Happy Betul Dengan Bilik Baru Dia,” – Terkejut Mak Jenny… Siap Peluk Erat Nubhan, ‘Renovate’ Cantik Ruang Serupa Hotel

Share

Baru-baru ini, penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahamad memuat naik video yang memaparkan kejutan khusus buat bonda tersayangnya, Badariah Omar yang lebih mesra dikenali sebagai Mak Jenny.

Di dalam video tersebut, kelihatan ruang bilik dalam rumah sedang menjalani proses ubah suai dan ruangan tersebut disiapkan terlebih dahulu demi keselesaan Mak Jenny.

Video yang dimuat naik di laman Instagramnya itu turut memaparkan keadaan bilik Mak Jenny sebelum dan selepas diubah suai.

“Alhamdulillah mak happy betol dengan bilik baru dia,” tulis Nubhan ringkas menerusi ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, perbezaan ketara turut mencuri perhatian ramai termasuk Mak Jenny sendiri dengan berkata “apa cantik bona ni?” ketika melihat sekitar bilik lengkap sempurna bersama hiasan dalamannya.

Turut disertakan di dalam ruang terbabit ialah katil baru, almari yang dipasang siap serta set televisyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata turut tumpang gembira melihat usaha Nubhan dalam menggembirakan hati ibunya.

Malah, ada yang berkongsi impian untuk melakukan perkara yang sama jika diberi peluang dan rezeki.

Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 13,000 tanda suka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN