Baru-baru ini, penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahamad memuat naik video yang memaparkan kejutan khusus buat bonda tersayangnya, Badariah Omar yang lebih mesra dikenali sebagai Mak Jenny.
Di dalam video tersebut, kelihatan ruang bilik dalam rumah sedang menjalani proses ubah suai dan ruangan tersebut disiapkan terlebih dahulu demi keselesaan Mak Jenny.
Video yang dimuat naik di laman Instagramnya itu turut memaparkan keadaan bilik Mak Jenny sebelum dan selepas diubah suai.
“Alhamdulillah mak happy betol dengan bilik baru dia,” tulis Nubhan ringkas menerusi ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, perbezaan ketara turut mencuri perhatian ramai termasuk Mak Jenny sendiri dengan berkata “apa cantik bona ni?” ketika melihat sekitar bilik lengkap sempurna bersama hiasan dalamannya.
Ads
Turut disertakan di dalam ruang terbabit ialah katil baru, almari yang dipasang siap serta set televisyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata turut tumpang gembira melihat usaha Nubhan dalam menggembirakan hati ibunya.
Ads
Malah, ada yang berkongsi impian untuk melakukan perkara yang sama jika diberi peluang dan rezeki.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 13,000 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Yuna Rahim, 27, yang telah pun selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Muhammad Nurakmal Ayub,27, pada Sabtu bersyukur kerana dijodohkan dengan insan yang serasi.
Sambil berkongsi foto sejurus selamat diijabkabul, bintang drama Diari Seorang Suami ini juga menitipkan ucapan buat semua yang hadir bagi meraikan hari bahagia mereka.
“Alhamdulillah jumpa yang sama sama cartoon dengan diri saya. Terima kasih buat semua yang hadir majlis saya yang serba serdahana.
“InsyaAllah sanding nanti memang saya invite semua kawan kawan,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Perkongsian berkenaan nyata mendapat perhatian peminat dan rakan artis yang memberikan dedikasi serta ucapan tahniah buat pasangan raja sehari.
Terdahulu, mereka Yuna atau nama sebenar, Shafiqah Husna Abdul Rahim dinikahkan oleh bapanya, Abdul Rahim Awang dengan disaksikan Imam Masjid Mahmudiyyah Kayu Ara, Muhamad Nazmi Abd Samad.
Yuna sah bergelar isteri kepada Nurakmal dengan sekali lafaz pada upacara pernikahan yang berlangsung pada pukul 11 pagi.
Yuna menerima mas kahwin RM300 berserta lima dulang hantaran, berbalas tujuh untuk pengantin lelaki.
Majlis akad nikah bertemakan rona putih itu dihadiri 100 tetamu terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak.
Mereka menjalin hubungan cinta sejak pertengahan tahun lalu, seterusnya mengikat tali pertunangan pada September 2022.
Sementara itu, suaminya ada berkongsi beberapa hantaran sepanjang majlis berlangsung menerusi platfrom sama.
Usahawan Datin Seri Nur Shahida berkongsi perkembangan terkininya yang sudah tiga hari menerima rawatan di hospital.
Ia susulan jangkitan kuman yang dialami, sekaligus menyebabkan isteri kepada Datuk Alif Syukri ini memohon ramai mendoakan yang baik-baik buat dirinya serta bayi yang sedang dikandung.
“Ramai tanya saya dah nak sampai masa bersalin ke? Belum lagi, saya tak sihat dah tiga hari dekat hospital.
“Ada jangkitan kuman. Doakan saya dan baby sihat ya. Tak senang juga duduk sini lama-lama sebab anak-anak di rumah pun tak sihat juga,” tulisnya di Instagram.
Menerusi hantaran berkenaan, ia memaparkan ibu kepada lima cahaya mata itu sedang terlantar di wad.
Malah, ramai yang memberikan kata semangat seterusnya mendoakan kesejahteraannya pada ruang komen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan rapper Adeep Nahar GV9 meluahkan rasa syukur dan terima kasihnya kepada pasangan usahawan, Tya Arifin dan Asyraf Khalid susulan kejayaan isterinya, Mazlin Merezukhi yang kini bergelar jutawan dengan menjadi stokis jamu Mutyara menerusi Mutyara Home Centre (MHC).
Adeep, 45, atau nama sebenarnya Abdul Mutalib Nahar berkata, konsep perniagaan MHC yang diperkenalkan Tya Arifin dan Asyraf Khalid adalah inisiatif perniagaan alaf baru yang melahirkan ramai ahli perniagaan berjaya selain dijalankan dari rumah dan menggunakan modal rendah.
“Terima kasih Tya Arifin dan Asyraf Khalid kerana menjadi sahabat dan guru isteri sahaya. Pada awal, isteri ada beritahu mengenai jamu Mutyara. Saya pun tanya perniagaan ini macam mana. Sebelum menjadi pramugari, isteri pernah menjadi kontraktor.
“Jadi, dia asas dalam perniagaan. Saya tak nak halang dia, sebab dia dah biasa bekerja. Malah, dia yakin untuk buat perniagaan ini.
“Selepas tiga tahun, dia beritahu berjaya mencapai jualan lebih RM1 juta. Sebagai suami saya bangga dengan usahanya yang bekerja siang dan malam, bertungkus lumus dengan apa yang dibuat. Kepercayaannya terhadap Mutyara, Tya dan Asyraf sangat tinggi.
“Selama tiga tahun saya melihat isteri menjalankan perniagaan ini, dia sangat positif. Daripada nasihat Tya, Asyraf dan gurunya Dr Azizan, mereka semua orang yang sangat positif dalam semua aspek. Saya pun ambil semangat itu,” katanya.
Tambah Adeep, antara inti kejayaan adalah suami isteri perlu saling menyokong.
“Tidak kiralah dari segi perniagaan apa, walaupun bukan dalam bisnes sama, suami dan isteri perlu saling menjadi tulang belakang. Doa masing-maisng sangat penting. Saya sentiasa mendoakan kejayaan dan kebaikan buat isteri,” katanya.
Sementara itu, Mazlin yang sudah tiga tahun berniaga jamu Mutyara berkongsi dia bermula sebagai pengguna.
“Kali pertama mencuba produk ini, saya cakap pada suami produk ini ‘sesuatu’. Dia macam terkejut, sebab dia tahu saya seorang yang sangat skeptikal dengan produk. Selepas tiga hari minum, alhamdulillah sakit pinggang yang dialami selama tujuh tahun sebelum itu sembuh serta merta.
“Kebetulan, Tya dan Asyraf mencari stokis. Jadi, saya cakap pada suami nak mencuba. Saya yakinkan suami dan nekad kalau nak menjadi usahawan tak nak biasa-biasa. Saya ambil pakej yang paling tinggi. Sebab, kalau nak buat, kena betul-betul. Mereka adakan sesi perjumpaan dan saya beranikan diri pergi sendiri.
“Ketika itu juga mereka memberikan penghargaan kepada usahawan yang menjual jamu Mutyara. Saya pegang ‘award’ itu dan mula berangan. Ternyata, ada yang boleh berjaya dengan perniagaan ini,” katanya.
Menurutnya, usaha yang dimulakan secara zero dan hasil tunjuk ajar daripada Tya, dia menerusi pasukannya dikenali sebagai Team Chantek dinobatkan sebagai jutawan Mutyara pada Ogos tahun lalu selain sudah mempunyai 2,500 ahli di bawahnya.
“Di Mutyara kami macam keluarga. Budaya yang dibawa Tya dan Asyraf adalah nak membantu orang. Nampak kesungguhan mereka ke arah itu. Tidak wujud jurang antara pengasas dan usahawan. Saya berasa sangat dengan mereka. Jadi, bila dapat persekitaran seperti itu, kita berasa gembira dan ‘enjoy’ dengan apa dibuat.
“Diakui ada masa berlaku turun naik dan jualan kurang, tapi itulah kehidupan. Tapi, apa boleh dikatakan saya gembira bersama mereka. Bukan saja saya, tapi usahawan lain pun merasakan perkara sama. Kami diberikan peluang sama rata,” katanya lagi.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...