Buat peminat tegar filem-filem Hindustan terutamanya yang membesar di era awal 70-80 an pasti mengenali namanya.

Mula menjejakan kaki ke dunia layar perak india sewaktu usianya masih muda, sehingga kini, namanya telah membintangi 150 filem Bollywood.

Hanya Tinggal Kenangan, Selamat Tinggal Shashi Kapoor!

IKLAN

Namun, baru sebentar tadi MH telah menerima satu berita yang menyedihkan apabila mengetahui pelakon yang dianggap sebagai ikon Bollywood ini telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani di Mumbai.

Menurut laporan The Times of India, Shahsi telah menghidapi komplikasi dan menderita penyakit buah pinggang selama beberapa tahun yang lalu.

IKLAN

Hanya Tinggal Kenangan, Selamat Tinggal Shashi Kapoor!

IKLAN

Malah, mereka turut mengesahkan pelakon ini telah menjalani dan mendapatkan rawatan dialysis sebelum ini.

Shahsi yang menghebuskan nafas di usia 79 tahun pada 5.20 petang (waktu India) bakal dikebumikan pagi keesokannya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI