Hanya Makan Nasi Campur Sup Kosong, Wawa Zainal Gembira Anak Akhirnya ‘Belajar’ Makan Ayam

Share

Pelakon, Wawa Zainal, mengakui berasa amat gembira dengan perkembangan anak lelakinya, Attar yang kini sudah mula menunjukkan minat untuk mencuba makan menu berasaskan ayam.

Jelas Wawa, semenjak daripada kecil, anaknya itu tidak pernah mencuba protein tersebut namun, segalanya berubah ketika dia memasak menu ayam kari.

“Alhamdulillah after 7 years Attar da pandai makan ayam. Semalam masak ayam kari then kebetulan dia kat dapur . Dia cakap bau sedap dan dia nak try.

“Dan akhirnya dia pun try ayam kari semalam. Sedap katanya dan request suruh masak lagi. So harini masakkan lagi ayam untuk attar and he loves it,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh isteri kepada pelakon, Aeril Zafril itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Wawa turut berharap agar perkembangan positif itu akan berterusan sehingga dia mencuba menu yang lain pula.

“Sebelum ni Attar memang makan nasi dan kuah sup kosong je. Buah-buah makan jugak tapi sayur langsung tak nak. Hopefully lepas ni makan sayur pulak.

“Baru dia tahu betapa nikmat dan lazatnya daging ayam ni. Korang ada tak anak macam ni jgk?,” katanya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mememuji perkembangan positif tersebut selain turut berkongsi kisah mengenai perkembangan anak-anak mereka yang turut berdepan situasi yang sama.

“Slow-slow belajar makan tu. Nanti okaylah. Auntie dulu pun tak makan ikan. Hanya makan ikan bilis atau ikan kecil yang digoreng. Ikan gulai-gulai tak suka. Dah tua baru menikmati ikan.

“Alhamdulillah good job Attar.

“Sama dengan anak lelaki saya. Umur 6 tahun makanan dia sama je nasi sup. Pedas tak nak langsung.

“My daughter sampai sekarang tak makn ayam, daging atau ikan. She’s just don’t want to,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Dalam perkembangan lain, Wawa kini dilihat sibuk mempromosikan filem terbarunya, Sabda Kekasih yang turut menampilkan suaminya, Aeril Zafril.

Terdahulu, filem Sabda Kekasih kini sudah boleh mula ditonton menerusi langganan di saluran Astro First.

Sementara itu, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Instagram Wawa Zainal

IKLAN